Thursday, September 4, 2008

KARAT jadi POWERpoint....

Selalu gunakan powerpoint untuk buat slaid , taip teks, letak gambar dan animasi sahaja....tak sangka boleh sertakan suara sendiri yang dirakam.Rasa suara macam deejay. Perasan pulak :P


Pembelajaran powerpoint hari ini mengingatkan aku tentang pertama kali aku diajar 13 tahun dahulu ketika di politeknik.Ada yang tetap sama dan ada juga banyak sekali perubahan yang berlaku. Baru aku sedari teknologi bertukar begitu cepat sekali. Otak dah berkarat, kilat kembali.

Selama ini aku membuat powerpoint secara 'syiok' sendiri. Tukar warna, font saiz...ada besar dan kecil. Rupa-rupanya ada nasihat untuk para guru menggunakan powerpoint slaid dengan lebih efektif. Aku akan cuba perbaikinya. InsyaAllah.

Aku paling suka sekali bab membuat webpage dengan menggunakan powerpoint. Tetapi akibat mataku dilazer minggu lalu, aku harus melihat 2-3 kali di skrin betul-betul. Aku tidak mahu patah semangat dan cuba sedaya upaya juga. Terima kasih cikgu kerana memahami keadaan saya ini. Harap-harap cepat sembuh.

Penggal 4 apabila sekolah dibuka,aku akan cuba gunakan teknik-teknik yang dipelajari di kelas. Aku akan kemas kini dan membetulkan beberapa slaid powerpoint yang telah aku buat minggu yang lalu.

" Lebih baik membuat kesilapan dan belajar daripadanya , dari tidak ada kesilapan langsung" .

Rumini Mohd Ismail >>>>>.....(MRS UDIN)

1 comment:

yh said...

Salam cikgu Rumini ...apa yang cikgu beri ulasan...bermakna cikgu lebih yakindengan pembelajaran yang diajarkan ...mudah-mudah-an ianya kan memberi menfaat untuk kegunaan sewaktu kita mengajar nanti..
Sesungguhnya yang sempurna hanya lah Allah tetapi serba kekurangan adalah diri kita sendiri...
Syabas !!!