Selama ini, saya masih lagi di takuk lama, setakat tahu fungsi-fungsi asas sahaja. Rupa-rupanya banyak lagi fungsi powerpoint yang belum saya ketahui.
Selepas melihat presentasi Cikgu Mazlan, barulah saya tahu banyak kesilapan yang saya pernah lakukan semasa membuat presentasi powerpoint sebelum ini. Contohnya, sesuatu presentasi itu harus lah ringkas, tidak mengelirukan dan haruslah padat dengan apa yang ingin disampaikan. Kita tidak boleh juga menggunakan terlalu banyak warna dan animasi kerana ini boleh mengelirukan pelajar.
Powerpoint sememangnya jauh lebih POWER dari itu. Hari ini, saya juga belajar bagaimana merakamkan suara ke dalam presentasi. Fuuyoooh...dah macam deejay radio! Hehehe...
Cikgu juga mengajar saya bagaimana boleh menjadikan presentasi powerpoint menjadi seperti lelaman web.
Jika semua fungsi yang dipelajari hari ini digabungkan ke dalam sebuah presentasi powerpoint, GERENTI POWER BEB!
Rasanya tidak sabar lagi untuk duduk di depan komputer dan membuat presentasi-presentasi powerpoint yang lebih baik dan canggih.
Segala ilmu yang dicurahkan pada saya hari ini amat bermanfaat pada diri saya.
Akhir qalam sebelum melangkah pulang, Terima Kasih Cikgu Mazlan.
Syukran Jazillan...
NuRuLhUdA SaNiFf
Thursday, September 4, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment