Allahu Akbar 3x Walillahi Al-Hamdu...
Benar pepatah mengatakan tak kenal maka tak sayang...
Hari ini saya jatuh cinta kepada PPT kerana saya dapat lebih kenal dan mahir dalam membuat dokument dan persembahan bahan pengajaran melalui PPT. Pelajar tentunya akan sangat tertarik dengan persembahan pengajaran insya Allah...
Ingin tahu yang saya telah pelajari? ehem...
- Merakamkan suara dalam PPT dan jika suara serak, saya hanya perlu menekan ikon suara, suarapun suara dan mungkin lebih merdu dari suara aselinya. bukan hanya itu sahaja, PPT boleh juga menggantikan peranan guru dalam kelas sambil berseronok menyaksikan penerangan guru halaman per halaman dengan cara 'Record Narration'.
- PPT boleh juga dijadikan seperti lelawan web. dengan klik ikon tertentu akan tampil mukasurat yang diinginkan sesuai dengan hiperlink yang ada. Keistimewaan tampilan ini adalah kemudahan berpindah daripada satu informasi kepada informasi yang lain melalui tajuk-tajuk asas yang ada dalam muka surat pertama. ianya juga boleh melompat mukasurat yang diinginkan, tidak berututan seperti yang tradisional.
- Cara menyimpan dan memilih format simpanan juga penting utamanya jika komputer kita versi yang lama, jika tidak PPT yang dibuat versi 2007 tidak boleh dibuka pada versi yang lebih rendah. di antara pilihan format simpanan yang menarik adalah: PPS; file akan terus tampil ketika file dibuka, juga bahan anda tidak boleh diedit. HTM; file akan tertampil seperti lelaman web, ianya sangat menarik bagi generasi digital natives masa kini.
- di antara kelebihan PPT adalah kecanggihannya dalam menampilkan slide... sangat fantastik... bermacam-macam cara boleh dipilih tetapi perlu ingat bahawa ianya adalah penyedap sahaja, jika terlalu berlebihan akan mengganggu fokus yang ingin disampaikan.
Betul kata pepatah; semakin banyak yang anda tahu, semakin banyak pula perkara yang anda tidak tahu... sudah banyak yang saya ketahui tentang PPT ternyata disana masih banyak lagi yang belum diketahui... perlu menyelam dan menyelam lagi baru boleh menjadi seperti Mr Mazlan insya Allah...
Secantik apapun PPT yang telah dibuat, tetapi jika tidak dilakukan dengan efektif ianya akan sesia atau bahkan menjadi pengganggu ke atas persembahan dan pembentangan anda oleh itu ingatlah perkara-perkara berikut sebelum anda membuat PPT:
- Clear
- Consistent
- Big
- Progressive
- Simple
Jumpa lagi dilain kesempatan melayari alam IT
Idham Halid Romli
No comments:
Post a Comment