Hari ini juga hari terakhir kelas IT. Memang hidup ni kelakar. Kursus yang membosankan selalu masanya lama. Kursus yang menarik, selalu singkat sangat rasanya. Mungkin ini lumrah kehidupan.
Untuk Sifu IT saya, Mahaguru Mazlan, terima kasih diucapkan. Kelas yang penuh informasi dan menarik. Saya bukan sahaja meraihkan pengetahuan, malah telah mendapat suntikan semangat untuk mengajar dengan kaedah-kaedah baharu.
Terima kasih kerana Cikgu telah mengajar saya untuk berfikir dan melakukan pendidikan dengan cara lain ...

Sebab takda gambar Master Mazlan, saya tenyeh gambar Master Yoda. Dua-dua cukup handal dalam bidang masing-masing! Kalau "Jedi Knight" jadi "Jedi Master", Master Mazlan jadikan kita "Digital Immigrants" kepada "Digital Natives". May the force be with you, Master! Moga dibalas segala jasa baik Cikgu! Amin!
1 comment:
Bang, dalam banyak-banyak gamabar dalam dunia digital, takde gambar lain ke nak diqiyaskan kepada Tok Guru Mazlan. kesian master maz kena sumpah jadi jedi...jangan tak jadi ah JEdi!
Post a Comment