Memang saya tunggu-tunggu untuk mempelajari lebih lanjut lagi tentang powerpoint...hari ini barulah saya tahu bagaimana caranya memasukkan suara di dalam slide...bolehlah saya gunakan slide yang mempunyai suara untuk aktitivi pembacaan murid dan dialog teks perbualan...
saya juga mempelajari tentang hyperlink di dalam slide...ianya amat menarik dan semestinya memerlukan latihan yang banyak untuk memahirkan diri menggunakan hyperlink ini...
Di dalam fikiran saya sudah terbayang saya ingin menggunakan hyperlink ini di dalam slide untuk aktiviti kuiz samada di dalam kelas mahupun untuk murid mencubanya di rumah...sebagai contoh saya sediakan butang-butang jawapan untuk soalan dan butang-butang jawapan tersebut ada hyperlink "tahniah,anda betul" bagi jawapan betul dan "maaf,cuba lagi" bagi jawapan salah...
Saya juga baru mendapat tahu apakah ciri-ciri yang perlu ada di dalam slide agar tidak membosankan..hai rupa-rupanya pernah juga saya membuat powerpoint yang membosankan! nampaknya perlulah saya edit mana-mana yang perlu agar ianya lebih menarik...
jadi selepas ini saya akan cuba membuat persembahan powerpoint yang lebih menarik, tidak membosankan dan yang penting lebih "power" lagi :) insya Allah
walaupun membuat perembahan sebegini memerlukan masa yang banyak tetapi apabila hasilnya telah siap kemudian murid-murid gembira, maka segala kepenatan akan hilang dan kita akan rasa puas dan gembira juga kerana usahanya berbaloi =D
Asyunifar Binte Abu
Thursday, September 4, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment