Sunday, September 7, 2008

Akhir Sebuah Pengembaraan

Assalamu'alaikum wr wb.
Semalam, berakhirlah sudah pengembaraan menyeronokkan di alam IT. pengembaraan yang dipandu oleh seorang Guide yang sngat berpengalaman dan mahir dibidangnya. walau ada sebahagian daripada asatizah masih cetek peta IT, tapi tiada satupun yang tersesat, semuanya berjaya sampai ke penghujung dan sampai kepada pulau harapan...

Walaupun ilmu yang diperolehi berbeza tetapi kesemua daripada kita mendapatkan semangat dan azam yang sama untuk terus mengembara dan memasuki rimba IT bagi peningkatan diri dan penyampaian yang berkesan dalam proses belajar mengajar. Asatizah ingin memberikan layanan yang terbaik kepada klien mereka --bakal ulama masa hadapan... semuga segala ilmu yang telah ditimba dan pengalaman yang diperoleh menjadikan asatizah Singapura the best in the bisnes... 'Pilihan pertama dalam mentarbiyah generasi Islam terunggul' Amien...

Selalunya pilihan untuk bahasa Arab terhad, tetapi dengan Win XP and Vista bahasa tidak menjadi penghambat. Hot Potatoes pun dengan mudah dapat digunakan untuk pembelajaran bahasa Arab; kata silang, puzzle, padankan dan beberapa lagi yang belum habis belajar --ini mesti tamat dipelajari, dengan mudah dapat mengaplikasikan bahasa Arab.

Sementara itu, photo story sangat bagus untuk pembelajaran bahasa. sayang sekali sudah berkecimpung dalam bidang pendidikan lebih dari 10 tahun baru sekarang tahu program sebegini, ianya perlu diajarkan bukan kepada asatizah NIE tetapi kepada semua asatizah di Madrasah, maka tugas kita adalah duta dan wajib mengongsi sama segala ilmu yang kita perolehi daripada DipEd NIE ini. saya yakin walaupun hampir semua guru madrasah mempunyai DipEd tetapi setiap kohort mempunyai keunikan dan pengalaman unik masing-masing yang boleh menjadi bahan perkongsian yang bermanfaat.

Walaupun modul IT telah berakhir bukan berarti bahawa blog ini juga berakhir, saya berharap bahawa blog ini sebagai duta asatizah untuk menarik lebih ramai lagi asatizah kita berjinak-jinak dan bahkan mengembara ke alam IT. Coretan pena asatizah berkaitan pengalaman masing-masing dalam menerapkan IT dalam pengajaran dalam kelas menjadi sesuatu yang selalu saya nanti-nantikan. Beruntung kita bahawa MR Mazlan bersedia tetap menjadi guide kita ke alam IT, segala kesukaran dan pahit manis penggunaan IT boleh terus diutarakan kepada beliau...Gratis insya Allah. Beliau juga bersedia berkongsi pengalaman dan Ilmu IT-nya bukan hanya melalui blog, tetapi bersedia datang ke Madrasah kita untuk berkongsi ilmu dan pengalaman. Mudah-mudahan Allah sentiasa berikan kesihatan kepada Beliau dan segala ilmu yang telah dicurahkannya dicatit oleh Yang Maha Kuasa sebagai bekalan menuju dunia yang kekal abadi... Amien...
Salam

Idham HR

No comments: