Wednesday, September 3, 2008

Pengalaman Hari Rabu - Mohd Nor Mustaqim

Assalamualaikum

Hari ini banyak manfaat yang saya raih. Teknologi mampu menambah minat pelajar dalam sebarang bidang pengajian. Memandangkan pelajar zaman sekarang ini majoritinya 'Digital natives' jadi perlu bagi kita sebagai pendidik untuk sealiran dengan minat pelajar kita.

Sebagai contoh, blog boleh membantu pendidik dan pelajarnya berkomunikasi dan memberi pendedahan terhadap pelajaran yang telah dipelajari dengan cara santai tanpa menggunakan buku teks. Blog boleh di 'edit' dan di muat turun gambar/video yang bersangkutan dengan pengajian.

Perkara-perkara yang saya raih pada hari ini:

  1. Cara mencipta blog
  2. Cara memuat turun gambar kedalam blog.
  3. Cara meng'edit' blog
  4. Ziarah ke lab multimedia MXL.
  5. Mendapat maklumat penting tentang kegiatan MXL.
Untuk melakukan semua perkara ini bukan mudah kerana ia memerlukan jangkamasa yang panjang untuk melakar dan mengarang, apalagi untuk melakukan programming bagi mencetuskan minat pelajar melalui permainan video. Jadi semua ini perlu kepada banyak pengorbanan dari segi masa.
Berkorban apa sahaja...

Jumpa lagi esok...
Mohd Nor Mustaqim

1 comment:

nile said...

Assalamualiakum!
Pengorbanan dalam apa jua hal mesti ada tak kiralah dari segi wang, masa ,perasaan dan yang sewaktu dengan nya .Tapi yang utama sekali ialah SEMANGAT yang hendak dibangkitkan .
Saya sendiri kadang-kadang susah untuk menjadi orang yang bersemangat waja dan akhirnya segala keinginan saya yang terkorban .
kalau kita tak semangat bagaimana dengananak anak didik kita ....
Teruskan lah pengorbanan anda .

Almukhlisah
Saniah AMT