Assalamualaikum kekawan....jumpa lg di hari mulia ini..
today belajar chatting...tak pernah pernah akhirnya dapat try....kalau tidak tak tahu nak gunakan...dengan chatting ni kita boleh jugak berkomunikasi dengan pelajar...lebih -lebih lagi bagi mereka yang berat mulutnya. .. pendekatan ini jugak mudahkan pelajar untuk dekatkan diri dengan kita...dia juga akan dapati asatizahnya jugak canggih...bukan setakat digital immigrants...selain itu dengan chatting kita dapat nasihati mereka, cuba bantu mereka huraikan masalah yang ada...
next, kita diajak ke kelas canggih (cotf)... memang canggih....boleh menarik pelajar dalam pembelajaran dah tak boring lg... tak payah bawa buku, alat tulis semua dengan fingertips aje keatas alat atau peralatan(ultra mobile PC) yang disediakan tu...tapi bila kita pihak madrasah nak dapatkan yang terbaru...jadi buat masa ini kita gunakan apa yang ada seperti powerpoint dan yang kita dah pelajari...ini pun harap -harap dapat saya gunakan...Insya Allah...
just now...memang bestlah....anak pun kita boleh monitor bila kita tak ada dalam negeri...tak blh lari nampaknya....ha! yang paling best guru tu boleh buat exam or test dengan tak perlu bawa balik kertas yang banyak utk di tashihkan...(ringan sikit)....homework pun gitu jugak...anak pelajar kita tak perlu menghabiskan kewangan yang banyak untuk menyambung pelajarannya keluar negeri...boleh buat kajian dengan mereka di luar negeri serta dapatkan pandangan dari pakar....bukan itu sahaja tak perlu hadapi masalah dengan ibu-bapa pelajarlah dan macam-macam lagi semuanya secara online....canggih betul... akan datang negeri kita ni...dengan ini diharapkan pihak kerajaan akan beri perihatinan lebih kpd kita agar anak-anak pelajar kita jugak tidak ketinggalan dalam teknologi yang canggih ini.
just just now ...try pulak gooogle map and SLA map...dari situ kita dapat mengetahui tentang tentang tempat nak kita pergi atau cari samaada dalam atau luar negeri...(google search map)...saya memang ada gunakan tu semasa jalan-jalan di san fransisco...sebenarnya bagus kerana kita dapat tahu cara nak drive around di sana... jadi tak perlu nak kena tanya orang sekejap-kejap....namun gitu tak semua tempat yang kita boleh dapati daripadanya seperti apa bus yang kita boleh naik untuk sampai kesuatu destinasi...manakala melalui SLA map kita boleh tahu jalan selok belok di negeri sendiri jadi tak mudah sesat...tapi yang penting kita boleh gunakannya untuk ajar anak-anak dalam ilmu sejarah.
last tadi...kita gunakan yackpack.com...boleh buat perbincangan secara live dalam group...tapi sayang try punya try...tak kesampaian untuk hari ini...server dia lambat sikit...yang dapat record suara sendiri dan dengar balik...Ia memang baik kerana kita boleh gunakannya sebagai alat perbincangan dengan pelajar dekat mana kita berada dan pada bila-bila masa...
Itulah kelebihan IT...ketik aje semua dapat....wassalam...ilal liqa ....insya Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment