Friday, September 5, 2008

Mari ke COTF!



Wah chatting seh!! Hari ini pelajaran baru dari cikgu Mazlan, kita belajar bagaimana nak chatting dengan teman-teman sepejuangan NIE. Rasa seronok dan macam jakun gitu bila dapat berchatting dengan kawan-kawan yang sebelum ini tidak pernah berbual hanya senyum-senyum aje.


Sebelum ini saya merasakan pelajar-pelajar lebih pandai IT dari cikgunya. Tetapi sekarang saya dah boleh tunjukkan kebolehan dan kepandaian saya dalam IT kepada pelajar-pelajar saya cebah! terima kasih cikgu Mazlan!


Selain dari chatting, kita juga telah berkunjung ke COTF yang tersedia peralatan-peralatan canggih dan melaluinya saya mendapat idea bagaimana ingin menjadikan pembelajaran di madrasah lebih menarik dan secara tidak langsung sekurang-kurangnya para pelajar madrasah tidak ketinggalan dalam pembelajaran melalui teknologi terkini.
Selain dari itu saya juga dapat pelajari bagaimana mencari sesuatu tempat dengan menggunakan Google Earth! Kalau teknologi ini boleh mencari orang hilang kan bagus! Pasti masalah mencari Mas selamat dapat diselesaikan!!
Paling seronok aktiviti hari ini bila kami sekumpulan membuat voice recording. Wah masing-masing tak nak kalah mengeluarkan suara yang merdu!

Esok hari terakhir kita belajar IT dengan cikgu Mazlan, harap-harap cikgu Mazlan tidak jemu untuk kongsi ilmunya lagi dengan kita. Saya akhiri blog ini dengan 2 rangkap pantun:



Berbuka puasa makan roti kari

Roti kari sedap rasanya

Hari ini banyak yang kita pelajari

Semoga kita dapat manfaatkannya



Selepas berbuka duduk kekenyangan

Solat maghrib sampai terlupa

Ilmu yang tersemat dilupa jangan

pastikan semangat terus membara!
Bye! Wassalam.
Siti Mariam Jaffar


1 comment:

Ibu 3 Teruna said...

Saya tidak setuju dengan cikgu mengenai tempat pembelajaran di COTF walau ia canggih dan menarik tapi tidak bersesuaian di madrasah yang serba kekurangan dari segi kemudahan yang ada di madrasah terutama ruang belajar yang begitu terbatas .