Assalamualaikum wr wb,
Wow! semalam kita belajar bagaimana nak buat ppt yang baik. Selama ini bila buat ppt, tak pernah fikir pasal perkara yang diajar oleh Encik Mazlan. Inilah penting kita memdapat bimbingan dari pakar untuk memperbetulkan kesilapan silam. Panduan semasa buat ppt adalah:
1 - Clear
2 - Consistent
3 - Progressive
4 - Simple
5 - Big
Jadi, di lain masa, jika saya nak siapkan ppt, saya akan ingat tips yang telah diberikan, Insya Allah. Cuma, saya nak tahu macam mana nak masukkan gambar ke dalam ppt.
Di sini, saya belajar kita mesti beri bimbingan yang jelas kepada para pelajar kerana dengan cara ini sahaja kita benar-benar menerapkan tarbiyah ke dalam jiwa pelajar. Cuma kena banyak bersabar pasal kita kena ingat tips yang diberi.
Kemudian, kita belajar jadikan ppt sebagai website. Ini menarik sebab kita jadikan nota kita sebagai wadah pelajar kita belajar secara sendiri. Kita boleh masukkan suara dalam ppt, akhirnya pelajar dapat sentuhan peribadi guru bila baca ppt pemberian guru. Selama ni, buat ppt takde suara dan gambar. Kali ini, saya nak terapkan suara dan gambar yang sesuai. Semoga ppt akan datang lebih bermutu.
Terima kasih, Cikgu Mazlan...
yang benar,
Abas aka abu bakar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Ust dah dapat cara nak masukkan gambar ke PPT? kalau belum pergilah minta nasihat programmer2 kita yang ada dlm lab ni...:)
Post a Comment