Akhirnya...Sampai sudah ke hari yang terakhir...
Sesampainya di NIE pagi tadi, suasana senyaaaaap je...Sebab hari ni hari Sabtu!! Tak ramai yang datang berkursus. Kita aje yang ada kelas.
Jadi kita cubalah nasib, mintak pulang awal sikit...hehehe...Jangan marah ye cikgu...
Ok...Apa yang SYIOK hari ini...
Pertama sekali, PHOTO STORY...
Satu lagi kaedah untuk membuat presentasi, kali ini menggunakan gambar-gambar, ditambah dengan kapsyen, rakaman suara dan juga lagu latar. Hasilnya, fuuhh..menarik sekali... Bukan sahaja boleh buat dokumentari sendiri malah kini da tahu macam mana nak buat home video sendiri. Best kan...
Photo Story juga boleh digunakan oleh pelajar. Contohnya, para pelajar diarahkan merakamkan gambar-gambar percutian mereka. Kemudian, diupload ke Photo Story, ditambah kapsyen,suara dan lagu dan dipaparkan kepada rakan-rakan...dan dengan menggunakan cara ini, pelajar boleh mengarang berdasarkan apa yang telah mereka rakamkan. Baik untuk pelajar-pelajar yang visual dan auditory.
KENTANG PANAS !! KENTANG PANAS!! DALAM SEBUNGKUS ADA LIMA BIJI!!
Hot Potatoes...
Ada J MATCH, J CROSS, J QUIZ, J CLOZE dan J MIX ----> kan 5 dalam 1
Kaedah untuk membuat soalan-soalan atau kuiz-kuiz untuk para pelajar yang boleh dijawab menerusi web page. Para pelajar juga boleh menyemak sejurus selepas menjawab soalan. Kan senang sikit, tak la berlambak-lambak kertas latihan kita perlu semak. Hehehe...
Cara mengolah soalan-soalan kuiznya juga dapat menarik minat pelajar untuk menjawab. Pendek kata ...pembelajaran gerenti POWER!!
Akhir kata di hari terakhir bersama Cikgu Mazlan...
Sekalung budi untuk Cikgu yang tidak jemu mengajar kami semua dan turut bersabar dengan keranah kami sepanjang lima hari ini. Terima kasih daun keladi di atas segala ilmu dan tunjuk ajar Cikgu, akan sedaya upaya kami manfaatkan demi kemajuan dan kejayaan anak-anak didik kami.
Sekali lagi...
Syukran Jazillan Cikgu Mazlan
NuRuLhUdA SaNiFf
Saturday, September 6, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment