Alahamdulillah. Hari ini ku telah mempelajari satu lagi ilmu baru.
Powerpoint design iaitu kita dapat mereka powerpoint kita dengan lebih menarik dengan menggunakan berbagai-bagai rekaan dan animasi yang berbagai-bagai.
Hari ini ku mendapat maklumat apa yang patut dilakukan sewaktu mereka POWER point, kerana sebelum ini ku melakukannya hanya dengan mengikut cita rasa ku sendiri.
Selain itu kita juga telah diajar:
- merakam suara kedalam komputer dan bagaimana untuk mendapatkan suara yang baik.
- Animasi .
- Hyperlink antara satu tajuk dengan tajuk yang lain.
Pembelajaran hari ini akan ku cuba mengaplikasikannya kedalam teknik pengajaran ku seperti merakamkan suara khasnya maklumlah kena ajar pelajaran Al Quran jadi tak payak keluarkan suara banyak-banyak, bolehn juga ku rakam suara para pelajar jadi mereka bertambah minat untuk membacanya.
Teknik-teknik seperti ini memudahkan kita untuk menyampaikan pengajaran dan membuatkan ia lebih menarik cuma perlu banyak pengorbanan masa.
Asatizah sekelian bersabarlah dan jangan putus asa cuba...cuba...dan cuba ..... . Jumpa lagi esok .
(Sakinah binte Ahmad)
Thursday, September 4, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment