Tapi hari ini telah membuka mataku betapa pentingnya mempelajari ilmu teknonologi jika tidak kita akan ketinggalan dan dengan mempelajarinya kita dapat membuat pembelajaran dengan lebih menarik lagi . nampaknya kenalah ngadap komputer selalu...... maklumlah nak jadi guru canggih...
Salah satu Ilmu yang telah kutimba hari ini adalah seperti mencipta lelaman blog yang mana yang mana ku rasa sebelumnya ianya adalah sebuah lelaman yang hanya untuk mencurah perasaan tetapi ianya boleh kita gunakan untuk berinteraksi dengan pelajar kita untuk membuat kerja-kerja sekolah. Ini adalah satu cara yang menarik minat anak -anak muda zaman sekarang. kan ku cuba untuk menerapkan di dalam pengajaranku. dan ku kini lelaman blog sendiri. masyaAllah.
Selain dari itu ku telah dibawa melawat ke MXL studio(Media Experiental Studio) betul2 kita dapat experience. Disana ku dapat melihat serta mengalami sendiri alat-alat canggih seperti permainan 'nitendo wii', 'play station' 'second life' dan sebagainya permainan ini semua digemari pelajar dan ia nya baik untuk psyikomotor pelajar. walaupun ia nya tak dapat di laksanakan sepenuhnya dalam pembelajaran ku tapi sekurang-kurangnya ku sudah ada maklumat tentangnya .
Alangkah baiknya jika alat-alat canggih ini kalau tidak dapat semua sebahagian pun jadilah untuk diadakan di madrasah kami agar pembelajaran dan pengajaran lebih menarik . tak mustahilkan....... Insya Allah ...
SAKINAH BINTE AHMAD
No comments:
Post a Comment