Wednesday, September 3, 2008

Cikgu gamer...


Hari ini kita pergi ke MXL Studio di NIE ... di sana, mereka cuba mengintegrasikan pendidikan dalam permainan video ... nampaknya ramai guru yang berminat!!

Teknologi permainan video boleh digunakan dalam kelas, tetapi guru perlulah menyedarkan pelajar tentang perkara yang dipelajari kerana kerap kali proses pelajaran yang dialami ialah proses pembelajaran refleksif (tidak sedar).
Permainan WII pula menarik kerana menggunakan banyak pergerakan. Ini boleh digunakan untuk membantu pelajar yang tergolong dalam kumpulan 'sihat' untuk terlibat dalam aktiviti motor yang akan membantu mereka mengurangkan berat badan.

Lawatan ke studio Studio Mxl bagai satu anjakan paradigma kerana telah mengubah beberapa mitos tentang permainan video dan pendidikan. Malah, para guru yang dianggap 'Digital Immigrants' dalam beberapa minit telah pakar dalam permainan video. Ramai yang mula berinteraksi dan menasihati satu sama lain.

















Ustazah-ustazah ini bermain permainan tennis dan bowling WII. Mereka bolot terus sampai guru lelaki tak ada 'chance' nak main!!! Tak peduli mereka!!! (Ustazah Hadijah tengah beri 'coaching'!)
















Ustaz Idham, Ustaz Abu Bakar dan Ustaz Bohari selalu duduk sebagai anggota panel. Kali ini duduk depan LCD Panel! Permainan lumba kereta ... tetapi arahnya terbalik!















Akhirnya Ustaz Abu Bakar menunjukkan kebolehannya memandu ala 'Schumacher'. Di sebelah pula Ustaz Mustafa yang tangannya sudah gatal menanti giliran! Ustaz Bohari dari tadi 'posing' macam scout bagi pasukan F1 Ferrari!

Mohamed Iskandar Sapi

No comments: