Ini hari terakhir IT di NIE. Sedih campur gembira saya dibuatnya. Sedih sebab kursus IT ni dah sampai di penghujungnya. Gembira sebab dah timba banyak ilmu baru lagi canggih. Tapi yang pasti buat diri ini yang kerdil, saya merasakan betapa jahilnya saya selama ini tentang dunia IT, siber dan digital. Memang betul kata Tok Guru Mazlan pada hari pertama kursus ini, mereka yang lahir sebelum 1982 dipanggil "Digital immigrants" sedangkan mereka yang lahir selepas itu digelar "Digital natives". Saya orang 70an masih terkial-kial mencari "avatar" saya di alam 2008. Ini namanya "Second Life"...kalaulah kita ada peluang kedua hidup di dunia ini, alangkah indahnya dan beruntungnya...kerana jika banyak dosa di dunia pertama, kita boleh beralih ke dunia kedua untuk memperbaiki diri sebelum masuk alam akhirat alam terakhir abadi.
Hari ini kami belajar Photo Story iaitu kaedah pembelajaran menggunakan gambar. Gambar itu dijadikan cerita beserta video, suara dan penerangan...canggih oi! Kita boleh minta pelajar ambil gambar menarik lalu buat video sendiri. Di sini, kita menilai pemerhatian dan ulasan pelajar yang sesuai dengan gambar. Kalau saya nak tunjukkan cara wudhuk, solat, haji dan sebagainya saya akan gunakan kaedah ini untuk merangsangkan pembelajaran dan pengajaran saya.
Yang terakhir, kita belajar menggunakan "Hot potatoes". Nama sahaja dah menarik...rupa-rupanya kaedah ini digunakan untuk buat latihan kendiri sama ada crossword, cloze passage, multiple choice dan sbb. Lepas ni, kalau nak beri latihan, kena buat kerja lebih supaya pelajar seronok buat latihan di komputer. Kertas dah boleh simpan kat stor.
Akhir kalam, teknologi banyak membantu kita manusia dalam pelbagai tugas. Namun, seperti kita maklum, sebagai khalifah, kita mesti terus berinteraksi dengan orang lain bukan berinteraksi dengan alat ciptaan manusia sahaja. Sentuhan peribadi guru paling penting dalam menyemai nilai murni ke dalam jiwa pelajar. Guru dikau tiada pengganti selamanya.
Salam hormat,
hamba Allah (abu bakar)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment