Menerusi blog, saya dapat membantu pelajar dalam pembelajaran mereka dan juga senantiasa membakar semangat mereka untuk terus berjuang dalam arena memburu ilmu yang melimpah ruah ini. Dengan memberikan mereka kata-kata perangasang, informasi yang berguna menerusi blog akan membuatkan pengajaran saya lebih menarik dan canggih beb! Apatah lagi dihiasi dengan gambar-gambar yang diambil dan dimuatnaikkan di lelaman Picasa. Fuyooo!!
Lawatan ke MXL Studio juga adalah pengalaman yang membuka mata dan minda.Saya rasa sebelum ini kita akan memarahi anak-anak didik kita jika mereka asyik menghabiskan masa bermain game di rumah. Hari ini saya sedar bahawa pembelajaran juga boleh dijalankan menerusi permainan. Dengan cara ini akan membuat pembelajaran jauh lebih menarik dan sudah tentu tidak membosankan.
Kalau guru-guru yang bermain juga sudah ghairah, apatah lagi pelajar-pelajar kita kan. Betul tak geng?
NURULHUDA SANIFF
1 comment:
MXL studio yang kita lawati itu memang canggih dengan permainan-permainan yang berbentuk baru. Namun kegunaannya mungkin terbatas untuk peringkat usia kecil merangsang psikomotor mereka. Tetapi bagi peringkat dewasa saya tidak begitu setuju sebab melalui pengalaman saya, gaming seperti itu sudah menunjukkan tanda-tanda yang negatif seperti ketagihan dan bersifat anti sosial. Kecualilah jika penggunaannya dikawal. Kawalan agak sukar dilaksanakan dengan realiti kehidupan yang begitu pesat. saya harap anda faham.
Suhana D
Post a Comment