Tak pandai main game pun!
Alhamdulillah hari ini pelbagai perkara telah dapat saya pelajari dan dalami.
Walaupun sebelum ini saya seringkali mendengar mengenai blog tetapi saya selalu tidak berminat untuk mempunyai blog sendiri kerana bagi saya blog ini hanyalah untuk berkongsi cerita dan pengalaman peribadi atau untuk tujuan perniagaan.
Akan tetapi hari ini saya telah ketahui satu cara menarik untuk menggunakan blog sebagai bahan pengajaran dan ianya satu perkara yang sangat menarik.
Rupa-rupanya blog bukan sekadar cerita tentang diri kita tetapi ianya lebih dari itu.
Saya berharap saya dapat memaksimakan kegunaan blog saya agar para pelajar saya dapat meraih manfaat dari blog saya ini, insyaAllah.
Selain dari itu, saya juga telah berpeluang melawat MXL studio yang terdapat pelbagai permainan seperti Wii, playstation, second life dan sebagainya. Mungkin saya tidak dapat menggunakan sepenuhnya teknologi ini di dalam aktiviti pengajaran saya tetapi sekurang-kurangnya dengan pendedahan ini dapat saya ketahui apa yang menjadi minat anak muda zaman sekarang iaitu "gaming" dan saya boleh memberi maklum balas kepada mereka apakah permainan yang baik untuk tujuan pembelajaran dan sebagainya.
Asyunifar Binte Abu
No comments:
Post a Comment