Pada hari ini saya berpeluang mempelajari powerpoint dan kehebatannya. Suara saya juga boleh dirakamkan bila saya tidak ada mood nak bercakap di hadapan pelajar-pelajar. Tapi masalahnya takut pula suara tidak tidak semerdu penyanyi. Walaupun powerpoint ini hebat tetapi sebagai guru yang penuh dengan pelbagai tanggung jawab rasanya ini akan membebankan juga . Lainlah jika kita sudah biasa kata orang "Alah Bisa Tegal Biasa". Saya akan cuba untuk membiasakan diri dengan kaedah IT terbaru ini kerana hendak tidak hendak mesti diguna pakai mengikut peredaran masa. Jika tidak kita akan ketinggalan. Kita harus berfikiran terbuka.
Kelas Mazlan ini telah banyak membantu saya mengemaskinikan pengetahuan IT yang dahulunya hanya diketahui dengan secara mendatar sahaja. Semangat saya untuk menggunakan IT di dalam bilik darjah semakin membuak-buak. Betapa kerdilnya saya jika dibandingkan dengan Mazlan. Pengetahuan ITnya begitu mendalam.
Walau bagaimanapun siapa tahu suatu hari nanti saya akan mendalami IT sama sepertinya?
Cukuplah sampai di sini. Wassalam. Hingga berjumpa lagi.
Suhana D
Thursday, September 4, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment