Thursday, September 4, 2008

Fuh POWER...!!!

Hari ini saya pelajari satu lagi ilmu yang sangat berkesan dan berguna. Ini kerana banyak yang saya pelajari untuk menjadikan powerpoint saya lebih menarik dan tidak terlalu 'memeningkan'. Sekarang baru saya tahu cara yang betul dalam mereka powerpoint yang lebih 'power'! Selain membuat animasi yang bermacam cara, saya dapat mengetahui cara merakam suara dalam powerpoint. Cara ini bagus sebab kalau saya malas nak mengajar pada hari itu saya boleh gunakan suara saya yang 'sedap' ini untuk mengajar pelajaran saya. Begitu juga saya dapat menggunakan cara yang betul dalam membuat powerpoint agar pengajaran saya mencapai matlamat dan objektif yang diinginkan.

Kesimpulannya pengajaran hari ini sungguh menarik dan saya tak sabar nak pelajari ilmu yang lain pula esok! Ok Jumpa lagi ! Wassalam

Siti Mariam Jaffar

No comments: