Friday, September 5, 2008

macam dalam movie back to future lah!

"back to the future???"


Hari ini saya berpeluang mengetahui lebih lanjut lagi tentang kegunaan online messaging menggunakan google talk...


Walaupun sebelum ini saya sudah terdedah dengan msn tetapi pelajaran yang saya perolehi hari ini adalah bagaimana saya dapat menggunakan online messaging ini sebagai alat komunikasi di dalam pengajaran...


Hmm baru saya terfikir, anak-anak murid saya sering bertanya apakah alamat msn saya dan biasanya kami hanya bersembang-sembang santai sahaja..Hari ini saya dapat pelajari bagaimana saya boleh menggunakan msn atau ym atau google talk sebagai wadah untuk saya berhubung dengan mereka berkaitan pelajaran di ruang siber....saya boleh mengingatkan mereka tentang projek atau saya meletakkan topik untuk dibincangkan oleh mereka di dalam group conversation dan saya bertindak sebagai pemerhati dan pembimbing agar perbincangan mereka tidak menyimpang jauh terkeluar dari topik..

Aktiviti-aktiviti ini semua dapat dilakukan di luar waktu kurikulum dan pasti tidak membosankan kerana online messaging memang dekat dengan hati mereka...para waris juga dapat saya hubungi menggunakan teknologi ini...



Selain itu saya juga telah berpeluang menimba pengalaman yang menarik sekali ketika melawat kelas pada masa hadapan atau class of the future..wah mcm kembara naik kapal angkasa pergi planet lain!



Memang tidak dapat dinafikan sukar untuk setiap murid saya mempunyai alat-alat canggih seperti UMPC tetapi saya masih boleh aplikasikan ciri-ciri kelas masa hadapan ini dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran walaupun tanpa UMPC berprogram...sebagai contoh video conferencing masih dapat dilaksanakan dengan mudah menggunakan msn video ataupun YACKPACK (benda baru yang sangat menarik saya baru dapat tahu hari ini)..

Kemudian program-program kuiz berkumpulan atau individu boleh saya menciptanya menggunakan powerpoint atau google docs kemudian murid-murid dengan mudah boleh memuat naiknya dari akaun gmail mereka atau dari blog saya...


Kesimpulannya aktiviti pembelajaran tidak terbatas di dalam ruangan kelas sahaja....sekarang ini kita semua hidup di dalam dunia tanpa sempadan jadi aktiviti pengajaran dan pembelajaran juga tidak ada sempadannya..dengan itu guru hanya perlu memikirkan bagaimanakah caranya untuk mewujudkan suasana ini...selain mereka perlu mempertingkatkan diri mempelajari IT agar dapat bergerak seiring dengan zaman...kalau tidak ketinggalanlah kita...maklumlah biasanya anak-anak muda zaman ini lebih tahu serba-serbi tentang IT jadi guru pun mesti tahu serba-serbi juga...tak rugi punya...

Oh dan akhir sekali selepas ini susahlah saya nak sesat sebab dah ada google maps :) kemudian nak ajar sirah dan sejarah Islam tentang peta pun dah senang sebab ada google earth yeh!




Asyunifar Binte Abu

2 comments:

Princess said...

"wadah untuk saya berhubung dengan mereka berkaitan pelajaran di ruang siber"

Salam utk semua...

saya setuju dan saya sendiri tertarik dgn cara ini. Bgi saya dgn cara chatting ni, secara tak langsung kite akan kenal pelajar kite dgn lebih dekat lgi.

Tp 1 hal yang perlu diingat, harap jgn sampai pelajar kite ter'OVERTIME' dgn chatting. Kerana kalau ini berlaku,Saya takut ini akan mengganggu matapelajaran yang lain. We should think this toghether on How to prevent it!
Wassalam..
(KhadijahAbidin)

str8puff said...

Saya suka movie back to the future!!!