Pengalaman yang amat berharga ini akan saya ingat sepanjang hayat saya. Pembelajaran tentang bagaimana membuat blog amat menarik hati saya sekali. Saya akan cuba terapkan aplikasi blog ini di dalam kelas Bahasa Melayu saya. Selalunya , murid-murid hanya menulis jurnal di kertas atau buku catatan. Setelah tunjuk ajar dari Cikgu Mazlan, kini saya tidak sabar-sabar lagi mengajar murid-murid membuat blog. Malah blog juga dapat disertakan dengan gambar-gambar dan video. Sungguh canggih sekali.
Saya juga didedahkan dengan YouTube dan Teachers Tube, Dengan teknologi yang canggih ini, kita bukan sahaja dapat melihat video. lagu-lagu, dokumentari tetapi bermacam-macam lagi. Ini amat berguna untuk pembelajaran kelas saya. Saya sangat bersyukur sekali kerana mendapat ilmu pengetahuan yang baru.
Lawatan saya ke makmal MXL 'membuka mata' tentang penggunaan teknologi canggih dalam bentuk permainan di alam siber. Saya amat berharap sekali semoga infrastruktur dan teknologi canggih ini dapat diadakan di semua madrasah kelak suatu hari nanti untuk kebaikan asatizah dan melahirkan pelajar madrasah yang cemerlang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Komen saya: mengenai pembelajaran melalui blog , saya bersetuju ia amat berguna digunakan bersama pelajar kita, tetapi guru mesti mesti memandu dan memerhatikan atau memantau aktiviti murid agar tidak disalah gunakan .
Faizah.
Post a Comment