Friday, September 5, 2008

Tua.tapi masih Power..!!he.he..4th day

Hod Arabic,Al-Idham dan bakal Ahod.he..he.. Al-Mustaqim.. Al-Irsyad ini tidak mahu ketinggalan..Marha-marha

Ustazah Al-Sagoff ni..!..dah mahir nampaknya ya!!!..ajar kami pula dari.. Irsyad & WakTanjung...syabas!!Marha...marha...Guru yang lain sedang belajar kaedah pembelajaran di kelas COTF
Guru-guru terpegun dengan alat teknologi yang dapat berkomunasi dengan Prof.dari Canada dan dapat mengetahui berbagai penyakit melalui alat imbasan....CANGGIH !
Guru-guru sedang membuat ujian yang diberikan....Mengkagumkan...!!!!

Salam hurmat untuk semua asatizah kohort 2 NIE,dan
yang dihurmati guru saya Mr.Mazlan Hasan....
Terlalu banyak untuk saya coretkan pengalaman hari ini....Power..power..
begitu canggih,canggih.. Hari yang ke4 ini Mr.Mazlan mengajar cara-cara Teknologi komunasi, Googles Talk,Yack Pack, Googles Earth, Googles Maps...terlalu banyak sungguh teknologi ..yang selama ini ..saya agak tahu sedikit kehadirannya...apabila anak-anak saya berbual antara mereka.. tetapi tidak pernah dapat mempelajarinya....hari ini saya dapat belajar berkomunasi Yackpack groups dengan teman-teman dari madrasah lain melalui komputer,
"seperti yang dikatakan oleh Mr.Champion IT@Mazlan"jika sekiranya kalau ada perbincangan dengan teman-teman tidak payah bertemu ..tetapi cukup perbincangan melalui Googles talk ini....MashaAllah....Subhanallah..mudah-mudah..HOD Arabic saya ustaz Idham Khalid Ramli akan menafaatkan kaedah ini ..untuk kemudahan dan akan dapat munafaat bersama....Insya"Allah...
Hai! hmm.. barulah terfikir, pelajar-pelajar saya sering bertanya apakah alamat msn saya,tapi saya tak ada!!! biasanya kami hanya bersembang-sembang santai sahaja..
Hari ini ternyata saya dapat mempelajari bagaimana saya boleh menggunakan msn atau google talk sebagai wadah untuk saya berhubung dengan mereka berkaitan pelajaran di ruang siber....
Saya boleh mengingatkan mereka tentang hafalan Al-Quran mereka atau saya meletakkan topik untuk dibincangkan oleh mereka di dalam group conversation dan saya bertindak sebagai pemerhati dan pembimbing agar perbincangan mereka tidak menyimpang jauh terkeluar dari topik..
Aktiviti-aktiviti ini semua dapat dilakukan di luar waktu kurikulum dan pasti tidak membosankan kerana online messaging memang dekat dengan hati mereka...
Para waris juga dapat saya hubungi menggunakan teknologi ini...
Hari ini juga guru saya Mr.Mazlan mengaturkan kunjungan kami kekelas pada masa hadapan...COTF yang tersedia peralatan-peralatan canggih dan melaluinya saya mendapat idea bagaimana ingin menjadikan pembelajaran di madrasah lebih menarik dan secara tidak langsung sekurang-kurangnya para pelajar madrasah tidak ketinggalan dalam pembelajaran melalui teknologi terkini....tetapi !!!...saya tidak akan ada lagi di Alam ini kalau betul-betul semua kelas akan menggunakan kelas yang canggih seperti berada dialam siber yang bebitu canggih...Al-Fateha...
Masha Allah....subhanallah...
Tiada lain ucapan khas untuk Mr. Mazlan yang di hurmati...Selain ucapan ...
Semuga apa pun ilmu yang cikgu curahkan dengan kami semua Asatizah ..tiada apa yang dapat kami balas ...melainkan doa-doa kami Asatizah Madrasah untuk Cikgu semuga kehidupan cikgu sekeluarga..dirahmati oleh Allah s.w.t....I"allah Aminnn
@Doa kami semua semoga Cikgu mendapat seorang isteri yang solehah..yang akan sama-sama dapat memasuki syurga Allah...dengan rahmatnya jua....

Diakhir lawatan ..kami diberi cenderahati...
yang kami semua gembira menerimanya...

Akhirul Kalam
HadijahSalleh

5 comments:

Iskandar Irsyad said...

Salam Zah,
Saya kagum dengan semangat yang Ustazah tunjukkan. Masya Allah. Saya rasa pada usia Ustazah mungkin saya dah retire dan lepak di rumah hisap cerut! AHahahahha!!! Saya tertarik dengan kekata Ustazah yang berkongsi bahawa ustazah pernah dengar tentang teknologi tersebut daripada anak2 ustazah. Mungkin saya akan gunakan wadah ini untuk berkomunikasi dengan anak2 saya. Maklumlah kita sebagai guru, kadang-kadang anak orang kita sibuk jaga, anak sendiri terbengkalai di rumah. Mungkin saya akan ajar anak2 saya untuk chat supaya mereka akan log in setiap kali pulang dan saya boleh pantau mereka dari sekolah. Ataupun untuk ustazah, boleh tanya khabar ketika anak2 di sekolah jika mereka ada kebolehan untuk chat. Kalau ada kamera lagi baik! Mungkin ini akan merapatkan pertalian keluarga juga.
Haiii, maaflah kalau saya ni macam kaunselor rumahtangga. Budak baru setahun jagung!

Idham said...

Assalamu'alaikum wr wb
Tua-tua keladi makin tua makin jadi. usth Hadijah dan rakan-rakan asatizah NIE kohort ke 2 telah membuktikan bahawa umur bukan penghalang bagi mempelajari ilmu, wlaupun ada yang dah hampir berkepala 6.. sett jgn tanya siapa ye... tetapi masih berupaya mempelajari dunia generasi digital native. benar pepatah mengatakan "dimana ada kemahuan disitu ada jalan". Rasul Muhammad saw bersabda: "tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahat". Betul kata usth bahawa kami di Irsyad akan gunakan semua ilmu yang telah dicurahkan oleh Mr Mazlan MA, akan kami cuba gunakan di Madrasah kami, sebab ilmu dipelajari untuk digunakan jika tidak akan sesia waktu-waktu yang berharga yang telah diluangkan untuk menuntut ilmu.
Salam...
Idham HR

harliza said...
This comment has been removed by the author.
harliza said...

Salam. Syabas Ustazah.... Memang dah ada power pun.(sebab dah jadi ustazah imigran ) tapi apa pun juga semuanya hendaklah di asah dan digunakan selalu lebih-lebih lagi dalam dunia pengajaran. seperti kata pribahasa "belakang parang kalau diasah lama-lama tajam juga". Teruskan menggunakan IT.

Sakinah Ahmad.

Iskandar Irsyad said...

To harliza,

Sebelum jadi digital immigrant, saya rasa kita semua digital migraine!