Sunday, September 7, 2008
Tua..!.. tapi masih Power..!!Hari terakhir....
come back to school
Salam untuk rakan seperjuangan...yang dikasihi...
dan guru saya yang amat dihurmati Mr.Mazlan Hasan...
Akhirnya...Sampai hari yang terakhir...terasa hati ini sedih...pada pagi itu...
Sesampainya di NIE pagi tadi, suasana begitu sepi sekali......Sebab hari ni hari Sabtu!! Baru saya tahu tidak ramai yang datang berkursus pada hari ini.... Kita aje rupanya yang ada kelas.... Hari ini banyak manfaat yang saya raih.....
Pertama sekali.... sampai di kelas,cikgu suruh kita buat 2 komen untuk mana2 blog,ini yang paling seronok kite boleh kongsi commentar yang positif dari teman-teman tentang blog-blog kita yang kita tulis....Syukran Jazakallah Khairan...
PHOTO STORY... Satu lagi kaedah untuk membuat presentasi, kali ini menggunakan gambar-gambar, ditambah dengan kapsyen, rakaman suara dan juga lagu latar. Hasilnya, sangat ..menarik sekali... Bukan sahaja boleh buat dokumentari sendiri malah kini kami diajar juga.. macam mana nak buat Home Video sendiri... Photo Story juga boleh digunakan oleh pelajar. Contohnya, para pelajar diarahkan merakamkan gambar-gambar percutian mereka. Kemudian, diupload ke Photo Story, ditambah kapsyen,suara dan lagu dan dipaparkan kepada rakan-rakan...dan dengan menggunakan cara ini, pelajar boleh mengarang berdasarkan apa yang telah mereka rakamkan. Baik untuk pelajar-pelajar yang visual dan auditory.
KENTANG PANAS !! KENTANG PANAS!! DALAM SEBUNGKUS ADA LIMA BIJI!!Hot Potatoes...Ada J MATCH, J CROSS, J QUIZ, J CLOZE dan J MIX ----> kan 5 dalam
1 Kaedah untuk membuat soalan-soalan atau kuiz-kuiz untuk para pelajar yang boleh dijawab menerusi web page. Para pelajar juga boleh menyemak sejurus selepas menjawab soalan. Kan senang sikit, tak la berlambak-lambak kertas latihan kita perlu semak. Hehehe...Cara mengolah soalan-soalan kuiznya juga dapat menarik minat pelajar untuk menjawab. Pendek kata ...pembelajaran gerenti POWER!!
Akhir kalam untuk guru kita Mr.MazlanHasan..semoga segala jasa baik,Kerja tulus ikhlas cikgu mengajar kami asatizah dengan kesabaran yang amat tinggi...saya akhiri dengan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga...tingginya....semoga cikguMazlan diberi kesenangan dunia dan kebahgiaan akhirat yang kekal abadi ...InsyaAllah ..Amin Ya Rabbal Alamin..
Jazakallah Khairan Jaza'
Yang Dhaif
Hadijah Salleh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
salam ustazah!!...
Cutelah video yang ustazah guna tu... cute.. ada kene mengena dgn kite kan??? Back to school.
Salam ustazah. Video POWER dah! dia punya 'skin' cantik sekali. Ada satu lagi sofwe yang boleh digunakan.
Cuma loading lambat. Mungkin sebab kualitinya tinggi. (Lebih banyak pixel - gambar lebih besar - saiz lebih besar. Untuk cepatkan loading, mungkin saiz gambar boleh dikecilkan. Cubalah teroka sofwe untuk kecilkan saiz gambar pula!!!!
Yup, saya suka sekali slideshow cikgu tu. very captivating and engaging. terimakasih sebab today I learnt about a new application.
Salam,
Mazlan
Post a Comment