TAPI... kerana kursus kelolaan Cikgu Mazlan ini sungguh SYIOK sepanjang tiga hari yang lalu, sudah semestinya hari keempat ini tidak kurang menarik atau tentu akan LEBIH SYIOOOK!! Tentu berbaloi kalau datang kan... Dari itu, lautan api sanggup ku renangi, ke gunung tinggi sanggup ku daki, perjalanan selama hampir 2jam sanggup ku harungi demi untuk mengejar ilmu yang dikau curahkan, cikgu...CEWAH~
Ternyata sangkaanku tidak meleset, pelajaran dimulakan dengan Cikgu Mazlan memperkenalkan tentang Google Talk. Hari ini kita belajar CHATTING!!! Wow!Bestnya... Da bertahun tak chatting tetapi masih ingat lagi satu perkara iaitu kalau da mula chat, susah nak berhenti. Jelas sekali, bila da mula chat, guru-guru naik seronok, macam tak mahu tinggalkan pc...
Jam 10.30pagi, lawatan ke COTF...
C.O.T.F ( Classroom Of The Future ) adalah sebuah bilik yang menunjukkan cara kehidupan dan pembelajaran di zaman siber yang lebih canggih dari sekarang. Kami dibawa ke lima buah ruangan yang berbeza, ada ruang kafe, makmal sains, MRT, ruang tamu dan juga bilik darjah. Dengan menggunakan UMPC ( Ultra Mobile Portable Computer ), pelbagai perkara boleh dilakukan di kesemua ruang tadi. Sesungguhnya kecanggihan ini menakjubkan aku.
Yang paling menarik perhatianku ialah ruang kelasnya di mana papan tulis digantikan dengan skrin, malah dinding-dinding kelas juga boleh menayangkan informasi...Full size lagi!!!
Bukan itu sahaja, malah tayangan di dinding juga boleh ditukar-tukar mengikut suasana yang diingini. Tidak akan timbul lagi masalah seperti..."Cikgu, saya terlupa bawa alat tulis!"
Semuanya akan menggunakan pena khas untuk skrin di atas meja atau menggunakan alat UMPC tadi.
Di akhir lawatan, semua guru gembira kerana dapat cenderamata! Yahoooo...!!!
Sementara menunggu para ustaz dan guru lelaki pulang dari masjid, kami kaum hawa yang tinggal mempraktikkan apa yang sudah dipelajari selama ini, ada nak cuba powerpoint, ada yang update blog, ada yang upload gambar dan ada yang tak berhenti berchatting!!
Kemudian aku diperkenalkan pula dengan Google Earth & Google Maps. Kaedah untuk mencari lokasi bukan sahaja di Singapura malah merata DUNIA!! Satu cara yang boleh digunakan kalau khuatir tersesat di mana-mana ceruk dunia.
Akhir sekali, 'YackPack', satu lagi kaedah komunikasi canggih dimana bukan setakat menaip teks, malah boleh rakam suara sekali...sikit lebih kurang macam berbual di telefon tapi menerusi internet.
So, sekarang nak pulang..Jumpa lagi esok...Hari Terakhir!!!
Sekian. Syukran Cikgu Mazlan
NuRuLhUdA sAnIfF
2 comments:
salam'alaik.. aloo!
i juz love to read ur blog..mcm baca novel :)
hmm how true wat u'v said..cikgu mazlan's class memang syiok! mcm2 kita dapat pelajari n apply it kan kan kan.. dan betapa bestnya kalau tht kind of classrm environment (COTF), dpt kita adakan di madrasah kita..mcm2 yg blh kita tayangkan n share n discuss all at the same time n place.. best eh. Jum kita doa bnyk2..at least klu MWT ada, kita blh sewa hehehe kata jiran.. even antara teachers pun senang kita nak berkomunikasi esp wen we'r organizing smtg like IMG ( inter-madrasah games) or any other events yg besar2...kan kan kan..
thts 4 nw..til we meet again.. baiboi! ;)
Norashikin Lan.
memang syiok belajar IT...cuma satu perkara kena ingat cik adik oi..ilmu ini alat bukan matlamat..kena hati-hati menggunakannya kerana yang penting ialah tarbiyah bukan terbiar apabila kita biarkan pelajar meneroka alam syoik sendiri tanpa bimbingan murabbi...sekadar nasihat..jangan marah!
Post a Comment