Friday, September 5, 2008

Muhammad Google???

Hari ini temanya komunikasi... jadi Cikgu Mazlan ajar kita macam-macam teknologi komunikasi. Google Talk, Yack Pack, Google Earth, Google Maps ... banyak sungguh teknologi!

Saya pun dah mula terbayang-bayang gunakan beberapa kaedah ini untuk kelas ... mungkin latihan pra-ujian lisan akan saya gunakan Yack Pack! Saya ada beberapa pelajar yang gamam apabila berdepan dengan guru. Mungkin 'tool' ini dapat membantu mereka. Kemudian Google Earth untuk ajar geog. Saya pun dapat berkawan dengan seorang guru dengan menggunakan Google Talk.


Classroom of the Future pula menarik dengan kaedahnya dipamerkan. Cuma kosnya beberapa juta dolar, tetapi idea yang mereka gunakan akan cuba direplikasi di kelas. Saya dan Ustaz Mustaqim telah bertekad akan cuba lakukan ... Insya Allah!!!!


Yang menarik sekali ialah google earth. Cara zoomnya menarik, tetapi satelitnya tidak menunjukkan bazaar Geylang!!! Ini kerana setiap imej dari satelit yang mengambil gambar itu akan dihantar ke google dan kemudian dinilaikan samada sesuai atau tidak. Kos pula perlu dibayar google untuk membeli imej terbaru yang selalunya lebih mahal. Jadi imejnya tidak begitu 'real-time'. Nak tahu bagaimana saya tahu? Google Search. Saya rasa kalau ada anak lagi, mungkin namanya Muhammad Google!

Ish, ish, ish! Ustaz Abu Bakar sedang 'breakdancing' di kelas. Guru yang lain sedang belajar kaedah pembelajaran di kelas COTF.














Para ustazah sibuk belajar sedangkan ramai sibuk di bazaar. Sungguh mengagumkan semangat mereka. Kalah saya!


Mohamed Iskandar Sapi

6 comments:

ryenx said...

WAH wAH Wah!! nampak2 nya saya terlepas byk kelas2 menarik!!

Mcm 'fun' gitu baca komen2 tentang kelas2 yg begitu menarik... !! bukan rezeki saya lah nak menikmati itu semua.. apa nak buat? nasi dah jadi bubur!! haha!!

Sementara awak semua sedang 'happy' di dalam air-con berseronok, saya kene berjemur dalam panas, dengan uniform yg tebal, senapang yg berat, ke hulu hilir 'marching' ala budak kecik! hoizz!~! punya lah panas!! Bukan itu saja, kita kene latih untuk IPPT dan shooting test. Tapi alhamdulillah semua nya berjalan dgn lancar dan cuaca yg agak baik kerana hujan renyai2 (tak lah panas! haha!)

ok lah, saya berhenti sini.
Wassalam.

yh said...

Salam untuk rakan seperjuangan....
Setiap kali saya membaca ulasan cikgu ..saya akan merasakan seperti saya belajar lagi..apa yang diajarkan Mr.Mazlan...Syabas!!!
Ilmu yang kita raih kalau dapat kita kongsi...ilmu itu akan lebih bermanfaat "InsyaAllah

my heart said...

Memang baik cadangan anda berkenaan ujian lisan menggunakan "yackpack" tetapi agaknya tidak begitu praktikal dan susah penilainnya .Walaubagaimana pun your blog is bestlah!

Iskandar Irsyad said...

To ryendy, yh & my heart,
Terima kasih atas komen anda...dengan kehadiran kawan-kawan yang sungguh bersemangat, saya bertekad untuk belajar dan meningkatkan diri. Malah paling best, semua orang tak lokek kongsi ilmu. Memang kohort 2 NIE ni amat POWER!!!

Intan Baiduri said...

Sememangnya kaedah-kaedah yang kita pelajari sepanjang lima hari ini pasti amat bermanfaat pada kita semua. Bukan Cikgu sahaja, malah saya rasa kawan-kawan kita yang lain tak sabar lagi nak mencubanya. Semoga ilmu yang kita pelajari ini boleh terus dimanfaatkan demi untuk memajukan anak-anak didik kita. Insya Allah...
Cikgu, nak tanya sikit ...kalau sekiranya dapat anak perempuan ...apa pula namanya eh? NurGoogle ke Siti Google..hehehe... :)

Iskandar Irsyad said...

To Intan,

Nampaknya namanya Siti Googlelizah!!!! AHahahahhaha