Menu kali ini lebih menarik lagi bagaimana nak chat dengan rakan-rakan. Saya kene click here ,pop up, allowed, run, agree, start button,all program, google talk bubble, login, download,select, +add,delete user barulah dapat google talk yang penting ada Chef Mazlan yang tunjuk ajar. Dalam setengah jam chat, kita dibawa ke bilik COTF.
Class room to the future memanglah menarik dimana kita diberikan UM PC untuk belajar melalui alat canggih misalnya kita boleh membuat kajian di dalam makmal secara langsung dengan Prof yang kita hubungi. Bermakna pembelajaran hari ini boleh di jalankan walaupun tenaga pengajar nya berada di luar negeri. Sehinggakan dalam kenderaan pun kita boleh belajar dengan menggunakan um pc.
Lebih menarik lagi apabila saya melihat suasana bilik darjah terkini yang di penuhi dengan maklumat dan alat-alat canggih. Aduhai nikmatnya kalau lah bilik darjah tu dapat saya gunakan, tak payah lah susah-susah buat chart, hias bilik darjah tinggal nak pancarkan saja. Sudah tentu anak didik saya rasa selesa untuk duduk lebih lama dalam bilik darjah. Silap haribulan saya pula yang berumah di sekolah.
Ketika itu juga saya terfikir kalaulah hari ini dah canggih sebegini bagaimana pula dalam era Milineum 3000. Teringat saya semalam tentang second life. Tak mustahil jika akan datang manusia boleh mencipta alat terbang. Duduk saja di kerusi khas, tekan butang terus terbang sampai ke destinasi yang kita nak tuju. Alahai seram sejuk di buatnya kalau warga emas yang naik kenderaan tu.
Last sekali saya belajar bagaimana nak cari map. Mudah betul nak cari tempat kalau nak pergi mana-mana Banyak betul lah cikgu mazlan berikan untuk hari ini.Yackpack groups mengajar bagaimana saya boleh berbual dengan rakan-rakan lain melalui komputer. Padan lah anak-anak murid saya yang belajar luar negeri dapat berbual dengan saya begitu lama. Ini yang mereka maksudkan free call. Ok lah esok masih ada. Jumpa lagi.
Radziah Mohd Hashim
1 comment:
Saya bersetuju dengan pendapat anda tentang faedah bilik darjah COTF dan segala kecanggihannya. dan bagaimana mudahnya kita nak berhubung dengan kawan-kawan melalui chit chat.
faizah.
Post a Comment