Friday, September 5, 2008

IT Tujuh Petala Langit

Rupa-rupanya banyak benar penggunaan IT untuk kemudahkan penggunanya. Lebih-lebih lagi sebagai seorang pendidik. Jika manusia berupaya hari ini dapat menembusi langit yang ketiga atau keempat begitulah juga ilmu mengenai IT. Sehari demi sehari, setahun demi setahun begitu banyak dan pesat penemuan-penemuan IT yang dapat ditemui dengan tujuan untuk memudahkan kerja-kerja manusia jagat.

Dengan IT dunia yang dianggap besar dan luas menjadi satu perkampungan kecil yang dapat dicapai dengan tangan manusia. Contohnya sebentar tadi saya dan teman-teman telah dibawa menziarahi COTF (Classroom Of The Future). Sekali lagi kami diperkenalkan dengan teknologi canggih yang pada masa dahulu rasanya itu adalah perkara mustahil.

Andainya kita ada kemampuan, rasanya tidak perlu keluar rumah untuk belajar dan mengikuti kuliah. Dengan menekan butang di sana dan di sini kita boleh bercakap dengan mereka yang beribu batu jauhnya dengan kita. Malah boleh melihat wajahnya. Seperti Prof. di Kanada bersidang menerangkan dan mendapat maklumat baru dari orang-orang diluar negara seperti Singapura untuk mendapat info. tentang penyakit proto.... yang saya tak ingat namanya kerana terlalu panjang.

Benar-benar menakjubkan hari ini 4 tembok kita bukan sahaja berfungsi sebagai tembok tetapi juga sebagai alat untuk belajar dan memberikan info.2 yang kita perlukan .

Hari ini Mazlan menerangkan tentang bagaimana kita hendak berbual di internet yang dipanggil MSN. Semuanya merasa seronok kerana dapat berbual dan mengeluarkan pandangan masing-masing. Patutlah anak saya duduk berjam-jam berbual dengan kawannya. Rupanya seronok!
Tetapi jika kita nak berlagak seperti remaja-remaja hari ini, pendek kata tak berasaplah dapur.

Saya teringat cerita "Space 1999" iaitu cereka sains - drama bersiri dalam tahun 1970an. Saya cukup minat drama tersebut kerana banyak memaparkan tentang penemuan-penemuan sains sedangkan pada masa itu saya tinggal di estet getah di Bukit sembawang. Rupa-rupanya kecanggihan teknologi pada masa itu sudah menjadi kenyataan.

Saya juga minat menonton kartoon "Batman" yang tinggal di Gotam City. canggih dengan teknologi. 'Ala kulli hal, IT memang menakjubkan.

Akhir sekali untuk hari ini, kami didedahkan dengan cara bagimana kita melihat peta dunia dengan menggunakan internet yang disiapkan oleh NASA. Sekarang saya tahu bagaiman pihak-pihak tertentu merancang sesuatu rancangan kepada negara-negara lain dengan bantuan setellit yang canggih. (harap faham maksud saya). Begitu juga dengan peta yang telah disediakan oleh LTA tidak kurang faedahnya bagi penduduk-penduduk tempatan untuk mengetahui tentang lokasi-lokasi tertentu yang mereka kurang pasti. Amat menakjubkan. Semuanya ada di GOOGLE.COM. Ayuh menggoogle!



Suhana D

2 comments:

harliza said...

memang benar msn memang menyeronokkan tapi kita sebagai guru hendaklah sentiasa mengingatkan kepada penggunanya khususnya anak2 murid kita untuk menggunakan dengan sebaik2nya.Sedangkan kita yang usia ini menggunakannya sampe tak ingat dunia apa lagi kita.

Sakinah.

Intan Baiduri said...

Sesungguhnya dunia siber ini sentiasa berkembang dengan pesat. Kita-kita yang baru belajar ilmu ini ibarat masih jauh perjalanan dan tidak dinafikan ada diantara para pelajar kita yang sudah pun lebih jauh ke hadapan dari kita.
Kita pasti terkenang zaman kita muda-muda dahulu sering ditayangkan cerita-cerita sci-fi. kalau diperhatikan juga kisah-kisah sci-fi di zaman ini juga lebih jauh kecanggihannya. Ini kerana banyak kaedah teknologi baru yang ada untuk mereka gunakan bagi menghasilkan sesuatu cerita yang canggih