Friday, September 5, 2008
IT Oh IT. macam-macam je......
"Ok. Eerybody please pay attention".kata guru kita dihadapan. ( kecuh betul budak2 ni ..) :)
Alhamdulillah. jumpa kita sekali lagi.
Hari ini ku mendapat lagi ilmu yang baru.
- ilmu berkomunikasi melalui internet.
Berbagai -bagai cara untuk kita berkomunikasi dan hari ini ku telah mendapat peluang mengggunakan online messaging yang mana sering digunakan oleh anak2 ku begitu juga dengan anak2 murid ku, saya memang tidak pernah menggunakannya, hanya pada hari ini lah baru saya dapat rasakan betapa mudahnya ia, Sampai tergelak-gelak kita di buatnya maklumlah dengan mereka yang tak biasa kita berbual pun jadi biasa sampai Mr. Mazlan kita mabuk dibuatnya.
Daripada pengajaran ini dapat saya terapkan di dalam pengajaran saya seperti membuat projek dan mereka blh berbincang dengan saya melaluinya kalau bergantung di tel penatkan, atau kerja berkumpulan melalui google talk . Mereka jg blh menghantar kerja-kerja mereka melaluinya. mudahkan...... saya hanya menanti di rumah.
Yack pack pun mudah juga iaitu merakam suara . kalau kita nak buat perbincangan di ruang siber sambil minum kopi dirumah pun boleh.
Saya juga telah dibawa ke sebuah bilik yang dipanggil 'Class Room In The Future'. Wau.. bila ku melangkahkan kaki ku ke dalamnya ku rasa seperti berada di dunia baru, dunia yang membawa ku ke alam siber seperti cerita XXRAY.
Kebanyakkan semuanya menggunakan alat-alat teknologi canggih picit, sentuh skrin semua akan berubah dengan menggunakan UMPC. Tapi bukan semua murid mudah untuk mendapatkanya walau bagaimana pun kita masih boleh juga menggunakan rakaman video, google talk dan Yack Pack dalam pengajaran kita , sekurang-kurang kita dapat juga menyaingi pelajar-pelajar lain .
Google EaRTH - baru ku dengar hari ini , alangkah mudahnya teknologi kini. Maklumat ini dapat membantu orang macam saya tahu memandu tapi tak tahu jalan. kesian kita.
Melalui maklumat ini juga boleh membuatkan pengajaran sejarah Islam lebih menarik dan tidak membosankan kerana pelajar dapat melayari dan melihat secara realiti tempat-tempat bersejarah .
Daripada dapatan hari ini menunjukkan betapa pesatnya dunia teknologi , tak tahu apa lagi yang baru pada masa akan datang .
Anak-anak murid kita pada tahun 2010 betapa canggihnya mereka nanti dan kita sebagai Asatizah masa depan harus mempertingkatkan diri dengan dunia IT agar kita dapat seiring dengan zaman mereka . InsyaAllah .
Orang-orang seperti Mr Mazlan yang dapat membantu kita Asatizah untuk menjadi "IT Savvy" dan kita pun harus rajin mengasahnya .
So Mr Mazlan, bersabarlah mengajar kita2 semua.... :)
Jumpa lagi esok..........
Sakinah binte Ahmad
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Salam Ustazah,
Saya nak minta kelulusan untuk ambil idea-idea yang ustazah sarankan untuk kelas saya!!! Boleh ya?
Saranan saya, kalau ustazah nak cari jalan, mungkin "Google Maps" lebih mudah. Sofwe ini yang membolehkan kita mencari jalan yang terdekat ke destinasi. Eh, saya ni macam pandai2 pula... terima kasih atas idea2 : )
Post a Comment