Yeah ! Gereknya hari ini. Aku mempelajari tentang Gtalk. Sukanya dapat berbual-bual di alam maya tanpa bersua-muka. Inilah kecanggihan di alaf baru. Yang jauh boleh didekatkan dan mengenali antara satu sama yang lain. Malah peluang mencari teman lama dan baru. Persidangan video
secara langsung
Hmm...kalau sekiranya berada di rantauan. Tak payah telefon dari jarak jauh...mahal. Lebih baik gunakan cara ini iaitu Gtalk dan melalui yackpack.com. Kita boleh berkomunikasi antara pasangan atau berkumpulan secara serentak. Cara sebegini murah dan menjimatkan kos. Gerek !
Malah boleh rakam suara lagi. Cikgu telah memperkenalkan kami kepada beberapa lelaman yang menarik seperti Google Earth. Ini baik sekali dan boleh digunakan dalam soalan kefahaman Bahasa Melayu kepada murid dalam bentuk arahan. Satu idea yang baik.
Lawatan ke 'Classroom of The Future' seolah-olah saya berada di alaf masa depan yang 'super canggih'. Murid belajar dalam menggunakan alat IT yang cukup canggih. Nampak gayanya dengan menekan butang di alat IT sahaja, informasi akan keluar dengan sekelip mata. Mungkin anak-anak saya yang akan mengalami suasana pembelajaran yang sebegini. Cara saya mengajar secara konventional mungkin dianggap kolot atau ketinggalan zaman nanti.

Saya amat bersyukur dapat mempelajari sesuatu yang baru dan bermanfaat sekali.
Rumini Mohamed Ismail (MRS UDIN)
2 comments:
dengan penilaian cikgu, saya pasti cikgu bukan lagi 'Immigrant' tapi dah 'natives' dah sekarang ni.:)
Mustaqim
walaubagaimanapun, yang pasti, sentuhan peribadai seorang murabbi tak dapat ditukarganti oleh teknologi canggih...
Post a Comment