Friday, September 5, 2008

Dah Jadi Kolot

Assalamu'alaikum wr wb.
Rugi rasanya... tapi apa nak buat... khutbah hari ini di ujung dunia, dan balik lagi ke NIE rasanya baru sampai jam 3.30 ptg dan asatizah pun sedang sibuk buat reflection berkaitan dengan perjalanan ke dunia lain.
Kelas Masa Depan! (KMD)
menarik juga walaupun rasanya kelas itu baru terwujud ketika saya sudah ada di alam lain... interaktif dan lintas sempadan adalah ciri yang ingin ditampilkan dalam KMD.
GT Google Talk...
Walaupn ianya baru jika dibandingkan dengan YM or MSN tetapi kelebihannya adalah integrasi ke atas semua keperluan IT seorang guru menjadi sebab kenapa GT boleh menjadi tool yang bermanfaat bagi melicinkan lagi komunikasi antara asatizah atau bersama pelajar. Kumpulan Perbincangan, pertukaran informasi, file dan risos sangat mudah dilakukan. Biasanya kalau sudah tenggelam dalam dunia sekolah, amat susah untuk mendapatkan waktu berbincang dan bertukar fikiran... selama ini sms adalah diantara cara komunikasi waktu sibuk, tapi sekarang GT juga boleh dijadikan sebagai alternatif dengan syarat servernya stabil dan lancar.
membaca reflection asatizah hari ini rupanya saya sdh ketinggalan zaman.. istilah-istilah seperti Yack Pack, Google Earth, Google Maps menjadi asing bagi saya. besok perlu kejar sambil terus belajar perkara-perkara baru dalam dunia IT...

Salam
Idham Halid Romli

7 comments:

ryenx said...

Wah!! Nampak nampaknya, saya yang dah jadi paling kolot di sini!!

3 hari ke reservist, tidak lah dapat menikmati kesoronokan yg dirasai oleh sekalian semua. Haiz... mcm best gitu dgr pengalaman pengalaman ini semua.. Tapi apa nak buat, dah kene panggil Reservist... Cuma yg saya paling gembira ialah saya dapat $200 ekstra kerana dapat 'marksman' untuk shooting test. :)

Sampai disini sahaja, wassalam.

Ryendy

rm said...

Setelah membaca apa yg dibentangkan oleh Ust Idham. Saya sangat bersetuju bahwa walaupun kita terasa agak ketinggalan di alam IT. Kita patut bersyukur kerana kita masih lagi berkesempatan mengikuti perkembangan IT. Mari jangan buang masa kuatkan tekad untuk terus maju dan persiapkan diri untuk meneruskan perjuangan.

rm said...

Saya tidak setuju dengan pendapat Ust. Muhammad utk mengadakan pra-ujian dgn menggunakan Yackpack sebab kita tidak berdepan dgn murid itu dan sukar bagi saya utk membuat penilian tanpa melihat mata dan mulutnya untk melihata kecergasan,keberanian dan kepetahannya bercakap secara sepotan didlm membaca dan menjawab soalan-soalan lisan dgn masa yg ditetapkan.

Bohari said...

jangan risau kalau nak kongsi pengalaman sharelah $200 dgn saya,gurau aja cuma nak testing comment.

Iskandar Irsyad said...

To rm,
Saya akan melakukannya sebagai 'ice-breaker' bagi pelajar2 saya yang agak pemalu. Memang apa yang anda katakan benar, tetapi penilaian dengan melihat mulut dan sebagainya membuat pelajar berasa segan. Jadi bagaimana untuk membantu pelajar sedemikian? Saya akan meningkatkan keyakinan mereka dengan melakukan pengajaran berperingkat. Mungkin untuk anda, kalau penilaian yang berseluruh, bolehlah gunakan video untuk rakamkan, kemudian gunakan persembahan pelajar terbaik bagi contoh seluruh kelas : )

wawa said...

salam...saya tertarik dengan coretan anda... Alhamdulillah.Semoga kita para Asatizah hari ini diberi peluang dan mendapat bajet yang lumayan.

Kita sebenarnya.. tak ketinggalan zaman .. cuba kita imbas kembali sejarah silam para sahabat zaman Rasul mereka berjaya walaupun tak menggunakan alat yang canggih ini semua adalah asbab sahaja semuga ianya menjadi satu keperluan dan kemudahan kita bersama... wallahu A'lam.. Wama Taufiqi Illa Billah...

(wahidah mh )

mrs udin said...

Tahniah kerana dapat 'Marksman'.Tidak mengapa, jangan bersedih kerana madrasah teachers yang lain boleh berkongsi ilmu dengan kamu......boleh berbincang di blog atau GTalk.
Saya rasa Ryendy mesti cepat catch up punya.Jangan khuatir.Boleh pergi ke 4shared.com untuk dapatkan fail-fail yang kita simpan.Saya rasa mungkin ada hikmah di sebaliknya.Selamat menuntut ilmu!

Rumini(Mrs Udin)