Wednesday, September 3, 2008

رسالة مدونة قيمة

Assalamu'alaikum wr wb.
Alhamdulillah, pada hari ini saya belajar membuat blog sendiri dengan bantuan cikgu Mazlan. Baru pertama kali saya membuat blog. ia adalah dunia baru yang dengan mudah seseorang menulis, menyatakan, membuat komen, berkomunikasi, menyebarkan informasi di dalam lelamat internet.

menariknya blog juga dengan mudah boleh ditukar penggunaan bahasa ke Bahasa Arab atau mana-mana bahasa yang selesa. jadi penggemar bahasa Arab boleh melepaskan kegemarannya dalam Blog.

Banyak faedah yang boleh diraih daripada penulisan blog. untuk pendidikan ianya boleh digunakan oleh guru untuk:
  • Menulis bahan-bahan pengajaran di dalam internet sehingga pelajar dapat lebih mudah memuatturunkan atau memberikan komen ke atas pembelajaran yang telah dijalankan.
  • Blog juga boleh dijadikan sebagai media komunikasi yang efektif antara guru dan pelajar bagi membaiki proses belajar mengajar.
  • Blog boleh dijadikan flatform bagi perbincangan sesebuat tajuk dan memperkaya lagi maklumat yang boleh dikongsi antara gura dan pelajar.
  • Kerja berkumpulan dan tugasan bersama dapat dijalankan dalam blog dengan sangat mudah dan efektif. masing-masing anggota kumpulan dapat memberikan sumbangan dan pandangannya tanpa perlu berjumpa.
  • Pelajar juga boleh termotifasi untuk membuat, menulis karya ilmiyah mereka kerana di sana ada berjuta manusia yang boleh mengambil manfaat daripada artikel yang ditulisnya.

Begitulah beberapa sisi positif daripada blog, dan pastinya setiap sesuatu teknologi itu adalah ibarat pena, penggunanyalah yang akan menentukan adalah ianya digunakan dengan tujuan kebaikan atau sebaliknya merugikan diri dan juga orang lain.

Salam...

Idham Halid Romli

1 comment:

str8puff said...

ana setuju dengan kata ust. memang banyak cara untuk memeriahkan lagi kelas lebih2 lagi dgn IT. apa yang penting seperti kata ust, pendidik perlu memiliki niat dan tujuan yang jelas iaitu menyampaikan ilmu untuk kebaikan dan merangsang pelajar utk terus menuntut ilmu.

Mustaqim