Wednesday, September 3, 2008

Apa yang saya dapat hari ini?

Hari ini merupakan satu pengalaman dan pembelajaran yang amat bermakna dalam diri saya. Ini kerana pertama kali saya belajar cara membuat blog. Saya rasa blog adalah satu wadah bagi saya menyampaikan pengajaran Bahasa Melayu kepada para pelajar dengan cara mengarang sesuatu cerita di dalam blog masing-masing. Selain dari membuat blog, lawatan saya ke MXL Studio juga dapat memberi saya idea untuk mengaplikasikan beberapa permainan dalam pembelajaran harian. Contohnya melalui permainan tertentu, dapat melatih para pelajar cara menyelesaikan sesuatu masalah, pergerakan deria motor mereka dan sebagainya. Semoga pembelajaran dan pengalaman yang saya dapat ini boleh dikongsi bersama dengan para pelajar saya.

Siti Mariam

1 comment:

str8puff said...

Ya cikgu, IT boleh merangsang pembelajaran Bahasa kerana akan menulis dengan santai melalui blog di mana sahaja mereka berada.. tidak semestinya di kelas sahaja...

Mustaqim