Monday, September 15, 2008

Apa Khabar Semua...

Assalamualaikum Wr Wb kepada semua guru-guru yang amat saya hormati.
Sudah lebih seminggu kita berpisah namun banyak kenangan manis masih segar di ingatan... alamak macam lirik lagu cinta pulak eh.

Tujuan saya menulis ni adalah untuk berkongsi berita gembira. Bukan jemputan kahwin lah tapi untuk memberitahu anda betapa bangganya saya atas kemajuan guru-guru semua dalam menggunakan IT degan lebih setelah mengikuti kelas saya.

Umpamanya, Siti Khadijah menggunakan Google Docs untuk berkongsi dokumen bersama pelajar dan kini sedang mencuba Blogger.com. Huda pula menggunakan PhotoStory sebagai pembukaan kelas dan katanya "i hear the 'ooooos' and the 'aaaaaaaah' frm them. rasa berbaloi buat photostory tu...." Mereka juga sekali-sekala chat dengan saya melalui Google Talk untuk bertanyakan cara-cara menggunakan teknologi2 yg telah kita pelajari ataupun untuk chat bertanyakan khabar.

Saya harap ramai lagi yang belum mencuba akan mencuba sebab kalau kita tunggu lama-lama, susah nanti nak restart enjin tuuuu. Yang sudah mencuba tu, kongsilah pengalaman anda ya.

Yang lain pula, bagaimana?

Dua minggu lagi dah raya. yay yay!!!

By the way, kelas dah habis, panggillah saya mazlan ajer ya. Tak perlu bercikgu2 lagi :)


Salam,
mazlan

6 comments:

Idham said...

Assalamu'alaikum wr wb.
gembira saya mendengar Cikgu Mazlan tanya kabar, dan semangat itu membara kembali.
Sudah pasang niat tapi kelas saya sedang bersiap untuk duduki peperiksaaan Besar STE (Sijil thanawi Empat) jadi lebih fokus pada hafalan dan teknik jawab soalan...
Ust Mustaqim sudah gunakan PPT dengan tampilan macam web waktu bentangkan plan bangunan baru SIH. Mudah difaham, ini juga akan memudahkan memberikan gambaran am pengajaran yang akan dijalankan.

Maaf Cikgu, tak terkeluar pulak nak sebut tanka 'cikgu'..

Salam
Idham HR

Intan Baiduri said...

Waalaikumsalam Cikgu Mazlan.
Terkejut juga bila nampak layout baru untuk blog asatizah ni. Tak sangka post terkini ialah dari Cikgu sendiri. Alhamdulilah, selepas seminggu persekolahan penggal empat bermula semangat untuk mengadaptasikan pembelajaran IT yang telah dipelajari memang berkobar-kobar. Ia membuat pembelajaran lebih menarik. Insya allah, sekarang saya dalam proses membuat latihan-latihan menerusi hot potatoes. Apabila para pelajar dr 6 selesai peperiksaan PSLE nanti, boleh lah mereka mengisi masa membuat latihan-latihan ini. Jadi tidak la mereka melupakan subjek akademik selepas PSLE nanti. Pembelajaran boleh berjalan terus........

Wah! Wah! Seronok cikgu nak beraya ye... Rasanya tidak terlalu awal untuk saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada Cikgu Mazlan. Maaf Zahir dan Batin

( Saya rasa panggilan 'cikgu' akan kekal pd kita walaupun kita sudah tidak mengajar pelajar itu lagi...tngk je mcm cikgu-cikgu yg da pencen...hehehe...jd sori ye CIKGU MAZLAN... )

NURULHUDA SANIFF

str8puff said...

Betul tu Cikgu Nurul Huda.. panggilan "Cikgu" Mazlan akan terus terpahat di hati kami. ni lah namanya..
orang berbudi kita berbahasa...
azan berbunyi kita berbuka...:)

Semoga kita semua dikurnia Lailatul Qadar

HIDUP CM!!!! (CIKGU MAZLAN)

mazlan said...

Hai, nampaknya melekat macam super glue lah panggilan cikgu tu pada nama saya. Takpelah. Rajin2lah ber-blogging ya. Jumpa lagi :)

Iskandar Irsyad said...

Saya sokong kata2 Intan dan Str8puff ... nama 'Cikgu' cuma pengiktirafan yang termampu kita berikan. Malah jika dibandingkan dengan segala ilmu, suntikan semangat dan petunjuk yang telah dicurahkan, memang tidak setimpal rasanya ...

Eh, macam karang soalan peperiksaan pulak!!!

HIDOP Cikgu MAZLAN ... HIDOP!!!

mazlan said...

semakin power pertuturan bahasa melayu baku saya ini setiap kali saya membaca posting2 anda. terimakasih!