Thursday, September 4, 2008

Alami Budak Goblog Jadi Native

Assalamualaikum wr wb,

Semalam, tanggal 3 Sepetember 2008, banyak yang saya pelajari dari Encik Mazlan. Antaranya:

1 - Blogging - Ianya seperti diari harian yang biasanya ditulis dalam buku khas. Ini cara baru lagi canggih untuk meluahkan perasaan menerusi internet.

Pandangan saya: Blogging adalah wadah yang baik untuk guru mendekati para pelajar di mana mereka boleh berbual dengan guru bila-bila masa sahaja. Ia menjadikan hubungan guru-murid tanpa sempadan. Inilah kali pertama saya berjinak dengan arena blog ini. Rasa macam chatting gitu. Saya difahami bahawa blog biasanya untuk santai maka bahasa yang digunakan adalah informal. Namun, saya rasa kita boleh gunakan blog untuk bahan ilmiah di samping mengekalkan gaya santai bila memberi komen. Itulah yang saya akan gunakan apabila memulakan blog saya yang diberi judul Syariah Islam.

2 - Media Experiential Studio - Ini tempat "gerek" lagi "happening" cum "cool". Memang orang yang bukan masyarakat digital ( digital natives) macama saya akan berasa canggung lagi kekok bila memasuki ruang siber ini. Bak kata pepatah Melayu: " Bagai rusa masuk kampung ". Apabila Encik Kenny, pegawai teknisyen, menyampaikan taklimatnya mengenai studio itu dengan menggunakan teknologi terkini...wah...terbelalak juga mata-mata yang memandang. Canggih kot pakai 3-D macam berpusing fikiran kita. Di sini, kita dikenalkan dengan sistem pembelajaran " Second Life " di mana pelungsur internet seolah-olah berada di alam fantasia. Kita menjadi orang siber yang mampu terbang seperti "Superman", mentadbir bumi jajahan kita, mengubahsuai tempat tinggal kita menurut citarasa kita. Ini saya lihat macam kita berada di alam akhirat atau di syurga. Kita adalah raja bersama permaisuri dikelilingi nikmat-nikmat yang tidak dapat dicapai oleh pancaindera kita. Cuma "Second Life" hanya alam khayalan yang perlu dibayar. Tetapi syurga "dibayar" dengan iman dan amalan.
Apabila diberi peluang bermain permainan video yang canggih seperti playstation, wiki dan lain-lain lagi, memang saya tak sabar nak mencubanya. Tetapi sayangnya, saya hanya dapat bermain dengan playstation dan fish. Kempunan nak main wiki tetapi tak dapat main pasal ramai yang main kat situ. Tentang games, memang budak-budak suka main tetapi kita yang dah dewasa ni, kadang-kala mengidam juga. Saya rasa games ni bertujuan untuk meredakan stress selepas belajar, bekerja atau beramal... Namun kita mesti berhati-hati supaya tidak ketagih dengan permainan ini. Pihak sekolah boleh meletakkan studio untuk kegunaan pelajar tetapi perlu dipantau supaya tiada salahguna.

Akhir kata, tahniah kepada pihak NIE dan Encik Mazlan secara peribadai kerana telah membawa saya "menjelajah" dunia siber dan digital yang masih merupakan planet asing bagi orang seperti saya ni.... Mudah-mudahan saya bukan goblog lagi tentang dunia siber ni lagi...


Abu Bakar Sidik

1 comment:

Periuk belanga said...

saya setuju dengan pandangan ustaz tentang beri komen pada pelajar dengan menggunakan blog dan bersantai. Ini menyenangkan jadi guru tak stress dan emosi bila memberi komen dan pelajar juga dapat menerimanya dengan hati terbuka