Thursday, September 25, 2008
Gambar complete
Mazlan cuma nak post kan gambar ni yang complete dengan cikgu Idham yang terkacak tu... ada masa sedikit, so I practice my photoshop skills yang lama i tak work on.
Wednesday, September 17, 2008
Recipe2 Raya
Posting saya kali ni nak bertanyakan kalau ada recipe2 baru yang sedap-sedap buat santapan raya kelak. Blogging ni bukan sahaja untuk kita bertukar pendapat melalui discussion, tetapi juga boleh digunakan sebagai repository informasi untuk perkongsian bersama.
Maklumlanh, orang bujang nak siapkan rumah buat raya, kenalah ikut recipe. Kalau tak nanti, teman2 taknak datang kalau dihidangkan pizza dan macdonalds....
So share lah recipe power-power anda tu ya... ayam masak merah ke, rendang ke, sambal goreng pengantin ke... ish... lapar pulak cakap pasal makan ni eh...
Salam,
Mazlan
Monday, September 15, 2008
Apa Khabar Semua...
Sudah lebih seminggu kita berpisah namun banyak kenangan manis masih segar di ingatan... alamak macam lirik lagu cinta pulak eh.
Tujuan saya menulis ni adalah untuk berkongsi berita gembira. Bukan jemputan kahwin lah tapi untuk memberitahu anda betapa bangganya saya atas kemajuan guru-guru semua dalam menggunakan IT degan lebih setelah mengikuti kelas saya.
Umpamanya, Siti Khadijah menggunakan Google Docs untuk berkongsi dokumen bersama pelajar dan kini sedang mencuba Blogger.com. Huda pula menggunakan PhotoStory sebagai pembukaan kelas dan katanya "i hear the 'ooooos' and the 'aaaaaaaah' frm them. rasa berbaloi buat photostory tu...." Mereka juga sekali-sekala chat dengan saya melalui Google Talk untuk bertanyakan cara-cara menggunakan teknologi2 yg telah kita pelajari ataupun untuk chat bertanyakan khabar.
Saya harap ramai lagi yang belum mencuba akan mencuba sebab kalau kita tunggu lama-lama, susah nanti nak restart enjin tuuuu. Yang sudah mencuba tu, kongsilah pengalaman anda ya.
Yang lain pula, bagaimana?
Dua minggu lagi dah raya. yay yay!!!
By the way, kelas dah habis, panggillah saya mazlan ajer ya. Tak perlu bercikgu2 lagi :)
Salam,
mazlan
Friday, September 12, 2008
Apa cerita???
Hari ni tengah boring-boring tetiba terjumpa sebuah sofwe yang boleh membantu untuk membuat mind mapping.
Mind mapping ini bolehlah digunakan untuk merumuskan sesuatu tajuk atau menunjukkan kaitan satu konsep dengan bahagian yang lain.
Ada dua sofwe yang boleh digunakan satu namanya PersonalBrain dan satu lagi ialah Freemind.
Buat masa ini saya ada menggunakan powerpoint untuk membuat photo album. Mcm School yearbook. Kalau klik gambar, akan keluar profil orang tersebut. Hot potatoes pun ada saya cuba tetapi belum dimuat naik di internet.
Saya sarankan akar blog ini bukan sahaja digunakan sebagai bahan muhasabah tetapi juga untuk bertanyakan idea dan berkongsi sofwe.
Is
Sunday, September 7, 2008
Tua..!.. tapi masih Power..!!Hari terakhir....
come back to school
Salam untuk rakan seperjuangan...yang dikasihi...
dan guru saya yang amat dihurmati Mr.Mazlan Hasan...
Akhirnya...Sampai hari yang terakhir...terasa hati ini sedih...pada pagi itu...
Sesampainya di NIE pagi tadi, suasana begitu sepi sekali......Sebab hari ni hari Sabtu!! Baru saya tahu tidak ramai yang datang berkursus pada hari ini.... Kita aje rupanya yang ada kelas.... Hari ini banyak manfaat yang saya raih.....
Pertama sekali.... sampai di kelas,cikgu suruh kita buat 2 komen untuk mana2 blog,ini yang paling seronok kite boleh kongsi commentar yang positif dari teman-teman tentang blog-blog kita yang kita tulis....Syukran Jazakallah Khairan...
PHOTO STORY... Satu lagi kaedah untuk membuat presentasi, kali ini menggunakan gambar-gambar, ditambah dengan kapsyen, rakaman suara dan juga lagu latar. Hasilnya, sangat ..menarik sekali... Bukan sahaja boleh buat dokumentari sendiri malah kini kami diajar juga.. macam mana nak buat Home Video sendiri... Photo Story juga boleh digunakan oleh pelajar. Contohnya, para pelajar diarahkan merakamkan gambar-gambar percutian mereka. Kemudian, diupload ke Photo Story, ditambah kapsyen,suara dan lagu dan dipaparkan kepada rakan-rakan...dan dengan menggunakan cara ini, pelajar boleh mengarang berdasarkan apa yang telah mereka rakamkan. Baik untuk pelajar-pelajar yang visual dan auditory.
KENTANG PANAS !! KENTANG PANAS!! DALAM SEBUNGKUS ADA LIMA BIJI!!Hot Potatoes...Ada J MATCH, J CROSS, J QUIZ, J CLOZE dan J MIX ----> kan 5 dalam
1 Kaedah untuk membuat soalan-soalan atau kuiz-kuiz untuk para pelajar yang boleh dijawab menerusi web page. Para pelajar juga boleh menyemak sejurus selepas menjawab soalan. Kan senang sikit, tak la berlambak-lambak kertas latihan kita perlu semak. Hehehe...Cara mengolah soalan-soalan kuiznya juga dapat menarik minat pelajar untuk menjawab. Pendek kata ...pembelajaran gerenti POWER!!
Akhir kalam untuk guru kita Mr.MazlanHasan..semoga segala jasa baik,Kerja tulus ikhlas cikgu mengajar kami asatizah dengan kesabaran yang amat tinggi...saya akhiri dengan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga...tingginya....semoga cikguMazlan diberi kesenangan dunia dan kebahgiaan akhirat yang kekal abadi ...InsyaAllah ..Amin Ya Rabbal Alamin..
Jazakallah Khairan Jaza'
Yang Dhaif
Hadijah Salleh
Akhir Sebuah Pengembaraan
Semalam, berakhirlah sudah pengembaraan menyeronokkan di alam IT. pengembaraan yang dipandu oleh seorang Guide yang sngat berpengalaman dan mahir dibidangnya. walau ada sebahagian daripada asatizah masih cetek peta IT, tapi tiada satupun yang tersesat, semuanya berjaya sampai ke penghujung dan sampai kepada pulau harapan...
Walaupun ilmu yang diperolehi berbeza tetapi kesemua daripada kita mendapatkan semangat dan azam yang sama untuk terus mengembara dan memasuki rimba IT bagi peningkatan diri dan penyampaian yang berkesan dalam proses belajar mengajar. Asatizah ingin memberikan layanan yang terbaik kepada klien mereka --bakal ulama masa hadapan... semuga segala ilmu yang telah ditimba dan pengalaman yang diperoleh menjadikan asatizah Singapura the best in the bisnes... 'Pilihan pertama dalam mentarbiyah generasi Islam terunggul' Amien...
Selalunya pilihan untuk bahasa Arab terhad, tetapi dengan Win XP and Vista bahasa tidak menjadi penghambat. Hot Potatoes pun dengan mudah dapat digunakan untuk pembelajaran bahasa Arab; kata silang, puzzle, padankan dan beberapa lagi yang belum habis belajar --ini mesti tamat dipelajari, dengan mudah dapat mengaplikasikan bahasa Arab.
Sementara itu, photo story sangat bagus untuk pembelajaran bahasa. sayang sekali sudah berkecimpung dalam bidang pendidikan lebih dari 10 tahun baru sekarang tahu program sebegini, ianya perlu diajarkan bukan kepada asatizah NIE tetapi kepada semua asatizah di Madrasah, maka tugas kita adalah duta dan wajib mengongsi sama segala ilmu yang kita perolehi daripada DipEd NIE ini. saya yakin walaupun hampir semua guru madrasah mempunyai DipEd tetapi setiap kohort mempunyai keunikan dan pengalaman unik masing-masing yang boleh menjadi bahan perkongsian yang bermanfaat.
Walaupun modul IT telah berakhir bukan berarti bahawa blog ini juga berakhir, saya berharap bahawa blog ini sebagai duta asatizah untuk menarik lebih ramai lagi asatizah kita berjinak-jinak dan bahkan mengembara ke alam IT. Coretan pena asatizah berkaitan pengalaman masing-masing dalam menerapkan IT dalam pengajaran dalam kelas menjadi sesuatu yang selalu saya nanti-nantikan. Beruntung kita bahawa MR Mazlan bersedia tetap menjadi guide kita ke alam IT, segala kesukaran dan pahit manis penggunaan IT boleh terus diutarakan kepada beliau...Gratis insya Allah. Beliau juga bersedia berkongsi pengalaman dan Ilmu IT-nya bukan hanya melalui blog, tetapi bersedia datang ke Madrasah kita untuk berkongsi ilmu dan pengalaman. Mudah-mudahan Allah sentiasa berikan kesihatan kepada Beliau dan segala ilmu yang telah dicurahkannya dicatit oleh Yang Maha Kuasa sebagai bekalan menuju dunia yang kekal abadi... Amien...
Salam
Idham HR
IT - Inihari Terakhir
Saturday, September 6, 2008
TOLONG saya!!!!!
saya ada problem! anyone can help me please!!
Mcm mn nak hntr 1 mail n share with the others? Coz nak try group collaboratin. Dah lupa. try punya try tp tak jd gak.
Syukran
-khadijah-
BOOM...Panas..kelas meletup
Storyplay amat berguna. Selalu gunakan powerpoint aje. Tak sangka ini lagi menarik...boleh letak background muzik lagi dan gambar boleh ditukar-tukar tona warna. Ini baik sekali terutama sekali murid-murid suka warna dan gambar. Alhamdulilah! Kenangan belajar di NIE akan ku ingat sampai bila-bila. Akan ku kongsi bersama teman yg lain yg tidak berpeluang belajar bersama dgn kami di sini. Insyallah...akan ku gunakan di dalam kelas. Gerenti meletup!
Rumini Mohamed Ismail(Mrs Udin)
Hari terakhir bersama Chef Mazlan
Akhirnya kita sampai ke penghujung pembelajaran IT. Tak boleh angkat banyak perkara yang perlu diingat seperti hari ini
-Photo story
-Hot Potatoes
-Memuat naik lagu dari internet
Semuanya menyeronokkan tapi perlu di praktiskan. Banyak kegunaannya dalam pembelajaran dan pengajaran. memudahkan tapi kenalah korban masa.
Walau bagaimanapun akan saya cuba untuk mengaplikasikannya dalan pembelajaran dan pengajaran.
Syabas. Mr Mazlan syukran Jazilan di atas semua informasi. Maaf zahir batin sering-sering membaca blog kami. ada maklumat baru hantarlah kami.
Sakinah Ahmad
Minggu terakhir
Saya bersyukur kerana cikgu dan kawan-kawan di sini sudi memberi tunjuk ajar kepada saya dengan sabar, ikhlas hinggalah saya telah benar-benar faham cara menggunakan internet dan Power Point. Mudah-mudahan saya diberi keberanian untuk menggunakannya di dalam tugas saya. Terima kasih, maaf zahir batin.
Hot Potatoes dalam computer?????
Kemudian kita belajar " Hot Potatoes " memang panas-panas ....,,,!!!. .Quiz ,Matching , Crossword Puzzle aktiviti-aktiviti yang memberangsangkan dan menyeronokkan sangatlah berguna dalam pembelajaran . Inshaallah saya akan aplikasikannya di madrasah walaupun mengambil masa yang lebih sedikit . Berbanyaklah terima kasih pada cikgu Mazlan yang mencurahkan ilmu teknologi kepada kita semua selama lima hari .
Sekian Wassalam
Sidah H. Shahab
belajar buat kentang panas
hari ini saya dapat belajar photostory..bestnya...sangat mudah kalau nak dibandingkan dengan windows movie maker..alhamdulillah seronok rasanya..kemudian saya dapat belajar hot pototoes...sebelum ni cuma tahu tentang kentang panas ni tapi saya tak tahu nak gunakannya..asyik buntu saje...alhamdulillah hari ni memang betul2 dapat masak kentang panas belajar buat kuiz semua gunakan hot potatoes...syukran ye cikgu mazlan..
cuma saya akan trial and error lagi bagaimana nak gunakan hot potatoes untuk kuiz bahasa arab..kalau ustaz2 blh buat, maknanya memang boleh hot potatoes in arabic...
secara keseluruhannya, memang menarik lah kursus ni...cuma waktunya kalau lebih panjang sedikit mesti banyak yang boleh kita belajar kan...
baiklah terima kasih kepada cikgu mazlan yang mengajar kami dengan penuh kesabaran..jazakalllah khairal jaza' :)
Asyunifar Abu
Berakhir sudahnya..
Selepas tu kita menjelajahi pula PhotoStory. Wah macam-macam story saya buat dalam gambar dan berkesempatan juga merakam suara dalam gambar tersebut. Aktiviti yang paling saya suka bila belajar tentang HotPotatoes! Banyak kuiz yang boleh saya buat untuk pelajar-pelajar bila dah tak ada mood nak mengajar. Hehe .. Curi tulang!
Badan dah penat, perut berkeroncong.. kena pula perah otak lagi untuk memberi idea tentang bagaimana pembelajaran selama seminggu ini dapat diaplikasikan dalam pengajaran di sekolah. Ingatkan komputer aje yang boleh 'Jem', otak saya pun hampir-hampir 'Jem' jugak.. Hai.. Tak de idealah cikgu...
Saya berpuas hati dan gembira kerana banyak ilmu yang saya pelajari dari kursus ini. Insya Allah akan saya aplikasikannya dalam pengajaran saya di sekolah nanti.
OK cukuplah sampai di sini! Lain kali cerita lagi.. Bye!
Siti Mariam Jaffar
FOTO STORY HOTOOTATOES
Hari yang kelima ini saya dapat banyak ilmu IT yang belum pernah saya pelajari dan ketahui. Terutama mengenai foto album disamping memasukkan suara latar dan muzik agar lebih menarik . Begitu juga dengan Hot potato yang disediakan kemudahan itu untuk membuat soalan-soalan kepada para pelajar ( pelbagai bentuk). Segala cara pembelajaran kali ini amat memuaskan hati saya. Agar mudah untuk saya memperaktikannya sendiri dan disekolah.
kesemua pelajaran kali ini tersimpan dalam sejarah hidup saya - meneroka ilmu IT.
Saya akhiri ucapan terima kasih dan memohon kemaafan sepanjang pembelajaran ini.
Saya juga berdoa agar saya tergolong dari orang yang berjaya kelak Insya Allah amin.
Ust: Siti Juliah Bte Jundi
Hari kelima di kelas IT bersama Mr. Mazlan
Terakhir sekali telah mempelajari hot potatoes, yang dapat menghasilkan berbagai latihan , kuiz dan games.
Terima kasih banyak Mr. Mazlan . Semoga apa yang telah dipelajari akan memberi manfaat bagi saya dan setiap murid. Insya Allah.
Faizah Kassim .
Berasap kepala like volcano
Photo story dan Hot Potatoes sangat-sangatlah membantu dalam pembelajaran. Walaupun saya sudah menggunakan hot potatoes sebelumnya, kali ini saya akan cuba buat yang terbaik. Kelas saya lebih memberangsangkan anak murid saya bila saya mengunakan kaedah J Mix, J Cloze, J Match dan J Cross. What a lively class.
Insyaallah saya akan juga cuba buat photo story dalam pembelajaran. Dalam photo story saya dapat banyak maklumat free dalam flashkit.com/loops. Saya boleh buat album kelas saya dalam bentuk yang canggih.
Hari ini last reflection, cuma nak ucapkan thousand sukran atas sharing IT maklumat. Maassalamah(bye).
Radziah Mohd Hashim
Diri murabbi
Banyak yang kita belajar sepanjang lima hari 2-6 September 2008. Mudah-mudahan kita dapat menerapkannya dalam pengajaran kita menurut kemampuan diri dan madrasah kita kot...
apa yang paling penting bagi saya, mungkin teman-teman lain tak setuju..tak ape.., dalam keghairahan kita menggunakan teknologi untuk menyampaikan ilmu kepada anak didik kita, INGATLAH kita adalah MURABBI yang dipilih oleh Allah untuk membentuk jiwa insan lemah menjadi kuat, bodoh menjadi pandai, sombong menjadi tawadhuk, sakit jadi sihat dan dari kufur kepada keimanan. Tugas kita bukan mudah..jangan sangka dengan teknologi sahaja, kita telah mendidik mereka..mungkin pendidikan maklumat, bukan pendidikan syumul Islami...mari kita kembali menelaah konsep tarbiyah rabbani yang ditunjukajarkan oleh Rasulullah saw. walau tanpa digital, Nabi saw berjaya membentuk peribadi insan mulia yang tiada tandingannya di mana-mana dan pada zaman apapun. Inilah cabaran kita sebenarnya...
Wa Allahu a'lam.
Insan hina ( abas )
hari makan hot potatoes
panasnya kentang goreng ni...puasa
Hari ini kami belajar Photo Story iaitu kaedah pembelajaran menggunakan gambar. Gambar itu dijadikan cerita beserta video, suara dan penerangan...canggih oi! Kita boleh minta pelajar ambil gambar menarik lalu buat video sendiri. Di sini, kita menilai pemerhatian dan ulasan pelajar yang sesuai dengan gambar. Kalau saya nak tunjukkan cara wudhuk, solat, haji dan sebagainya saya akan gunakan kaedah ini untuk merangsangkan pembelajaran dan pengajaran saya.
Yang terakhir, kita belajar menggunakan "Hot potatoes". Nama sahaja dah menarik...rupa-rupanya kaedah ini digunakan untuk buat latihan kendiri sama ada crossword, cloze passage, multiple choice dan sbb. Lepas ni, kalau nak beri latihan, kena buat kerja lebih supaya pelajar seronok buat latihan di komputer. Kertas dah boleh simpan kat stor.
Akhir kalam, teknologi banyak membantu kita manusia dalam pelbagai tugas. Namun, seperti kita maklum, sebagai khalifah, kita mesti terus berinteraksi dengan orang lain bukan berinteraksi dengan alat ciptaan manusia sahaja. Sentuhan peribadi guru paling penting dalam menyemai nilai murni ke dalam jiwa pelajar. Guru dikau tiada pengganti selamanya.
Salam hormat,
hamba Allah (abu bakar)
PUAS HATI DI...Kelas IT Mr Mazlan~
Sesampainya di NIE pagi tadi, suasana senyaaaaap je...Sebab hari ni hari Sabtu!! Tak ramai yang datang berkursus. Kita aje yang ada kelas.
Jadi kita cubalah nasib, mintak pulang awal sikit...hehehe...Jangan marah ye cikgu...
Ok...Apa yang SYIOK hari ini...
Pertama sekali, PHOTO STORY...
Satu lagi kaedah untuk membuat presentasi, kali ini menggunakan gambar-gambar, ditambah dengan kapsyen, rakaman suara dan juga lagu latar. Hasilnya, fuuhh..menarik sekali... Bukan sahaja boleh buat dokumentari sendiri malah kini da tahu macam mana nak buat home video sendiri. Best kan...
Photo Story juga boleh digunakan oleh pelajar. Contohnya, para pelajar diarahkan merakamkan gambar-gambar percutian mereka. Kemudian, diupload ke Photo Story, ditambah kapsyen,suara dan lagu dan dipaparkan kepada rakan-rakan...dan dengan menggunakan cara ini, pelajar boleh mengarang berdasarkan apa yang telah mereka rakamkan. Baik untuk pelajar-pelajar yang visual dan auditory.
KENTANG PANAS !! KENTANG PANAS!! DALAM SEBUNGKUS ADA LIMA BIJI!!
Hot Potatoes...
Ada J MATCH, J CROSS, J QUIZ, J CLOZE dan J MIX ----> kan 5 dalam 1
Kaedah untuk membuat soalan-soalan atau kuiz-kuiz untuk para pelajar yang boleh dijawab menerusi web page. Para pelajar juga boleh menyemak sejurus selepas menjawab soalan. Kan senang sikit, tak la berlambak-lambak kertas latihan kita perlu semak. Hehehe...
Cara mengolah soalan-soalan kuiznya juga dapat menarik minat pelajar untuk menjawab. Pendek kata ...pembelajaran gerenti POWER!!
Akhir kata di hari terakhir bersama Cikgu Mazlan...
Sekalung budi untuk Cikgu yang tidak jemu mengajar kami semua dan turut bersabar dengan keranah kami sepanjang lima hari ini. Terima kasih daun keladi di atas segala ilmu dan tunjuk ajar Cikgu, akan sedaya upaya kami manfaatkan demi kemajuan dan kejayaan anak-anak didik kami.
Sekali lagi...
Syukran Jazillan Cikgu Mazlan
NuRuLhUdA SaNiFf
bilik sejuk jadi panas
kawan-kawan seperti mana yang aku bagitau korang hari ini adalah hari yang terakhir aku mengikuti kelas IT cikgu Mazlan. Hemmmm Cikgu Mazlan tak kasi can langsung ini adalah latihan yang teraaaaaakhir untuk aku & friends yang lain.. tapi tak apa walaupun penat walaupun lapar dan dahaga kerana berpuasa no probleeem ilmu punya pasal kita teruskan juga..
kawan kawan nak tau...
mula-mula start kelas hari ini kita belajar bagaimana hendak membuat rakaman suara fuyooo tak sangka suara aku Macam DJ hehehehe.. pastukan kita boleh buat photostory best tau bolehlah aku mengajar atau mengamalkan apa yang di ajar oleh cikgu . kita boleh mengeluarkan suara dari photostory tu melalui lelaman flashkit .com/loops disitu... terdapat beribu-ribu muzik yang boleh kita donwload... cubalah... ya!
lepas solat zohor cikgu membawa kita melungsuri lelaman web "hot potatoes" ini lah yang membuatkan bilik lab ni sejuk jadi panas... panas.. lelaman ini pula berbagai -bagai aktiviti boleh dilakukan dengan student seperti flash card, silang kata, padankan, dan sebainya...
pastu kita kene buat imbas kembali apa yang kita pelajari...
akihir sekali wassalam...
Gambar / Kentang Panas!
Hari terakhir ini beliau mengajar tentang memasukkan gambar seperti album dengan menulis peristiwa-peristiwa penting yang hendak di catatkan pada setiap gambar. Malah kami boleh merakamkan suara beserta muzik supaya gambar yang ditunjukkan dkaca tv. atau komputer itu lebih menarik.
Selain dari itu, pelajaran terakhir yang disampaikan ialah tentang "HOT POTATOES" yang boleh membantu guru-guru membuat soalan dan murid pula lebih gembira menerima soalan tersebut melalui on-line. Soalan-soalannya juga boleh dipelbagaikan.
Sampai di sini sahaja semoga berjumpa lagi di lain masa semoga Tuhan mencucuri rahmat kepada anda.
Hai! laparnya, tergugat iman.
Hari ini panas-panas, sedap-sedap, cepat-cepat,mudah-mudah....
Mana tak panas dan lapar... hari ini kita belajar satu jenis lg masakan iaitu kentang panas(Hotpotates)...memang bestlah kalau ada software ini...ianya mudah bagi kita untuk membuat aneka jenis soalan atau kuiz melalui alat tersebut....tanpa perlu kepada tapuk yang lama. Nampaknya pelajar akan lebih tertarik dengan cara yang sebegini tetapi guru harus kerja keras utk menggunakannya.... (tidaklah sampai patah pinggang)
O00pps! sebelum saya terlupa....pg tadi kita disuruh buat komen keatas 2 blog kekawan...apa yang saya dapat darinya...kita blh gunaknnya untuk menyuruh pelajar menghantar karangan2 mereka lalu diperbaiki akan kekurangannya serta memberi komen2 yang membangun.
Seterusnya tidak lupa juga...kita telah diajar untuk membuat video presentation dengan gambar yang telah dipetik...darinya saya pelajari bagaimana untuk menjadikan pelajaran itu lebih inovatif serta interesting...kerana kita blh adakan caption, rekod suara dan lagu....tapi kalau dia blh bergerak lg best.( agaknya kalau nak dia gerak, kita buat rekod-ing dulu).
Tapi macammana pun Saya bersyukur kerana dari pembelajaran yang disampaikan saya perolehi berbagai ilmu melalui teknolgi yang semakin canggih setiap hari....hnaya yang penting sekarang nak mengamalkannya kerana pepatah arab ada menyebutkan...(ilmu tanpa amal seperti pokok yang tidak berbuah.)
Akhir kalam...rasa belum lambat utk ucapkan "SELAMAT HARI GURU" CIKGU MAZLAN ...atas apa yang disampaikan kami ucapkan Syukran Kathiran.
Wassalam (Ainijahan)
Cerita Gambar & Kentang
Hari terakhir kursus
Biasanya ambil gambar terus simpan dalam Album sampai berlambak-lambak album kat rumah
tapi kini tak perlu lagi ,Simpan saja dalam komputer , Boleh Edit apa yang kita suka, Nak jadikan cerita ke , nak letak suara ke atau berlatar belakangkan musik yang kita suka pun boleh . Dengan ini gambar -gambar kita lebih menarik .
Dengan cara ini juga dapat saya adptasikan dalam pembelajaran saya jika terdapat gambar-gambar yang diambil oleh murid-murid sebagai bahan pembelajaran .
Bila sebut kentang . Ingatkan pasal sayur-sayuran ,rupa-rupanya tentang cara membuat format
soalan yang berbentuk kuiz . Selam ini bengang juga nak buat silang kata . Photatohot dapat membantu saya menyelesaikan masa saya membuat soalan -soalan berupa kuiz . Terima kasih
photatohot .
saniah AbdulMutalib
SeLaMaT MaJu JaYa
Perkara-perkara yg dipelajari hari ini:
Photostory~ upload pics > edit pics > narrate/record story > insert/create music = u'll get ur story beautifully done.. amazing & interesting!!
HotPotatoes~ kuizy muizy time.... u can personalise ur own quiz ;) cool rite... blh buat clozePassage, crosswordPuzzle, matching & many more.... Tunggu apa lagi Let's download HotPotatoes n have fun in the classroom hehe
hmm.. love everything tht we'v done & learnt with/fr cikgu Mazlan :) kalau dpt bnyk2 lagi LAGI best,everythings applicable..nice. thank U cikgu Mazlan.
Til we meet again..jgn lupa doakan kita smua dapat merealisasikan penggunaan IT dgn lebih baik lagi..
Baiboi~
Norashikin Lan
Kentang BOYAN!!!!
Jumpa lg! jgn jemu baca tau!!! continue to read it!!!
Starting lesson hari ni best, interesting. Endingnya pula, Fuyyyooooo!!!! menguji minda! Pandai cikgu Mazlan plan lesson utk hari ni.
First sekali, sampai je kelas, cikgu suruh kite buat 2 komen untuk mana2 blog. Part ni best, coz kite boleh share views with our frens.
hal ini juga boleh digunakan oleh pelajar2. Maybe i will put 1 topic kat blog for my students to share with, then after all of them have written down their own blog, I will let them to comment thier frens' blog. Lepas semua dah buat blog n comments, then its my turn to comment secara keseluruhan to my students.. Seronok kan?
-----------------------------------------------------
Lepas komen blog, kite belajar on how to create a story n record our voice base on the photos that we upload it.. then boleh letak background music. Seronok kan?
Tak sabarnye nak mula sekolah, so that i can make use all these for my lesson. Mesti satu kejutan for my students coz i have changed my technique of teaching. Taklah tukar secara drastik, sikit2 je. Takut2 my student CONFUSED!
With this photostory, i can let my students to do projects that related with arabic language. On the same time, saya boleh menguji kelancaran perbualan mereka dlm bhs arab serta melihat kreativiti pelajar dan juga cara kegunaan bahasa mereka dalam membina ayat..
-----------------------------------------------
After break, we all belajar pasal Hot Potatoes! ni lagi syiok!
Hot potatoes is really useful for all teachers. dr hot potatoes ni, memberi saya idea yg melimpah2 utk buat soalan yg berbentuk quiz utk pelajar buka sekolah nanti..
Hot potatoes ni telah mengajar berbagai cara utk adakan latihan bg pelajar2. dgn Hotpotatoes ni membolehkan kite utk mempelbagaikan soalan.
Dgn ini, murid akan rasa lebih seronok kerana setiap kali latihan yg diberi berbeza2.
-------------------------------------------------------
lastly after pljrn dah selesai, cikgu suruh kite buat flash back ttg apa yg kite pelajari selama seminggu..
Ini pun idea yg bagus, boleh saya gunakan utk pelajarn yg saya ajar, setiap kali dah hbs ajar, i will let my student write down apa yg mereka fhm. Ni pun bagus juga!!!
Anywei, many many thankz to cikgu Mazlan. I really learn a lot from this module... makin semangat nak ngajar tau!!!! wink****
Wassalam..
(KhadijahAbidin)
sOb...sOb...LaSt dAy... :(
Photo Story was interesting... Its like making powerpoint presentations but in a simpler way using photos ONLY. We edit the photos, add in caption, recorded narrations, put in songs and tadaaaa our story is created. Simple and sweet. We can definitely use this for lessons. Eg. we can give them a few random photos online and as a group they make their own story on this photos within a given time den present. From here they learn creativity and to look at different scopes when their friends present different sets of stories. At the same time it improves their reading skills through narration. Interesting rite how one software can make so many things possible.
Hot Potatoes makes it more convenient for teachers to make quizzes and crossword puzzles, not on paper, but online. So instead of doing the normal boring quizzes on paper, students would definitely look forward to such activities online. There goes another wonder of a software. :)
Sadly though, today is the last day we are learning all this wonders from the bubbly teacher.. :(
However juz within 5 days we have attained alot of knowledge from him. It was a short and sweet course. Thank you so much for everything. Today we r goin home wif many knowledge and sweet memories.
Below are the memories...Enjoy..... ;)
Screen take 1.. take 2... ACTION!!!
Fuyyyo.. amcm? power tak? ini semua tidak menjadi nyata tanpa bimbingan sifu kita.
Picture story adalah satu wadah menarik yang boleh merangsang kreativiti pelajar dalam menulis dengan menggunakan gambar dan juga menjadi narrator bagi pembentangan cerita ini.
Bukan pelajar sahaja yang minat akan presentasi seperti ini bahkan atuk dan nenek pun pasti tertarik akan presentasi seperti ini.
kita dibawa menjelajah ke seluruh dunia melalui google earth dan google map. saya juga pernah menggunakan google earth utk mencari tempat pengajian saya yang lalu di timur tengah.. sungguh nostalgia.. walau tengok dari satelit view akan tetapi ianya menusuk kalbu...
PANAS... PANAS... PANAS... walaupun berpuasa kita tetap disajikan dengan kentang panas.. ini kentang bukan sebarang kentang akan tetapi ia adalah software 'Hot Potatoes' yang boleh menyenangkan kerja setiap guru dan asatizah dalam membuat soalan atau quiz di dalam kelas and rapidly mendapat keputusan dari jawapan pelajar. Tapi kenapa dipanggil hot potatoes eh??? musykil aaah...
last sekali yg paling gempak ni kerana kita kena isikan kegunaan segala senarai software dan web yang telah kita pelajari.. menggigil ketila menaip.. tapi ku berserah segalaaaaa.... kepada yang Esa...
Terima kasih kepada cikgu Mazlan yang telah berkongsi informasi, web2 dan segala perkara yang berkaitan dengan IT.
Amacaaam Asatizah n Gurus? Are u ready to be DIGITAL NATIVES????
Salam Muhibbah
Mohd Nor Mustaqim
Hottie Photatostory
Hari ini juga hari terakhir kelas IT. Memang hidup ni kelakar. Kursus yang membosankan selalu masanya lama. Kursus yang menarik, selalu singkat sangat rasanya. Mungkin ini lumrah kehidupan.
Untuk Sifu IT saya, Mahaguru Mazlan, terima kasih diucapkan. Kelas yang penuh informasi dan menarik. Saya bukan sahaja meraihkan pengetahuan, malah telah mendapat suntikan semangat untuk mengajar dengan kaedah-kaedah baharu.
Terima kasih kerana Cikgu telah mengajar saya untuk berfikir dan melakukan pendidikan dengan cara lain ...
Sebab takda gambar Master Mazlan, saya tenyeh gambar Master Yoda. Dua-dua cukup handal dalam bidang masing-masing! Kalau "Jedi Knight" jadi "Jedi Master", Master Mazlan jadikan kita "Digital Immigrants" kepada "Digital Natives". May the force be with you, Master! Moga dibalas segala jasa baik Cikgu! Amin!
Friday, September 5, 2008
Dah Jadi Kolot
Rugi rasanya... tapi apa nak buat... khutbah hari ini di ujung dunia, dan balik lagi ke NIE rasanya baru sampai jam 3.30 ptg dan asatizah pun sedang sibuk buat reflection berkaitan dengan perjalanan ke dunia lain.
Kelas Masa Depan! (KMD)
menarik juga walaupun rasanya kelas itu baru terwujud ketika saya sudah ada di alam lain... interaktif dan lintas sempadan adalah ciri yang ingin ditampilkan dalam KMD.
GT Google Talk...
Walaupn ianya baru jika dibandingkan dengan YM or MSN tetapi kelebihannya adalah integrasi ke atas semua keperluan IT seorang guru menjadi sebab kenapa GT boleh menjadi tool yang bermanfaat bagi melicinkan lagi komunikasi antara asatizah atau bersama pelajar. Kumpulan Perbincangan, pertukaran informasi, file dan risos sangat mudah dilakukan. Biasanya kalau sudah tenggelam dalam dunia sekolah, amat susah untuk mendapatkan waktu berbincang dan bertukar fikiran... selama ini sms adalah diantara cara komunikasi waktu sibuk, tapi sekarang GT juga boleh dijadikan sebagai alternatif dengan syarat servernya stabil dan lancar.
membaca reflection asatizah hari ini rupanya saya sdh ketinggalan zaman.. istilah-istilah seperti Yack Pack, Google Earth, Google Maps menjadi asing bagi saya. besok perlu kejar sambil terus belajar perkara-perkara baru dalam dunia IT...
Salam
Idham Halid Romli
chat kape!
hari ini, kita diajar buat "chatting". gerek jugak... dapat berbual mesra dengan teman2 guru. Susah jugak nak masuk dalam chatting..sampai saya kena tulis steps. tapi lepas ni, dah boleh para pelajar saya chatting dengan saya..tapi tak boleh merepek sangat. Saya rasa kita boleh manfaatkan chatting jika pelajar malu untuk berinteraksi dalam kelas atau untuk kaunseling.
lepas tu, kita pergi cotf...medan kelas masa depan...angan-angan atau satu realiti...ada umpc. tangan ni sempat godeh benda tu. kekok pasal dia pakai gadget budak kini...
SEHARI DALAM NIE
Satu pengalaman baru pada hari ini, iaitu kami dapat kesempatan melawat COTF , kelas dihari muka, dimana para pelajar dapat mempelajari pelajaran secara interaktif menggunakan UMPC.
Kami juga diperkenalkan "googletalk" dan juga beberapa software baru seperti "google-earth" ,"yackpack" dan beberapa "search-engine" baru.
Cuma yang tak dapat saya lupakan di COTF, saya terlanggar pokok sampai tergolek dek syok
memerhatikan keadaan sekeliling.
Akhir kata, sekali lagi saya ucapkan ribuan terimakasih buat C.Mazlan yang dihormati.
Wassalamualaikum wr. wb.
Mustafa bin Ismail
Muhammad Google???
Saya pun dah mula terbayang-bayang gunakan beberapa kaedah ini untuk kelas ... mungkin latihan pra-ujian lisan akan saya gunakan Yack Pack! Saya ada beberapa pelajar yang gamam apabila berdepan dengan guru. Mungkin 'tool' ini dapat membantu mereka. Kemudian Google Earth untuk ajar geog. Saya pun dapat berkawan dengan seorang guru dengan menggunakan Google Talk.
Classroom of the Future pula menarik dengan kaedahnya dipamerkan. Cuma kosnya beberapa juta dolar, tetapi idea yang mereka gunakan akan cuba direplikasi di kelas. Saya dan Ustaz Mustaqim telah bertekad akan cuba lakukan ... Insya Allah!!!!
Yang menarik sekali ialah google earth. Cara zoomnya menarik, tetapi satelitnya tidak menunjukkan bazaar Geylang!!! Ini kerana setiap imej dari satelit yang mengambil gambar itu akan dihantar ke google dan kemudian dinilaikan samada sesuai atau tidak. Kos pula perlu dibayar google untuk membeli imej terbaru yang selalunya lebih mahal. Jadi imejnya tidak begitu 'real-time'. Nak tahu bagaimana saya tahu? Google Search. Saya rasa kalau ada anak lagi, mungkin namanya Muhammad Google!
Ish, ish, ish! Ustaz Abu Bakar sedang 'breakdancing' di kelas. Guru yang lain sedang belajar kaedah pembelajaran di kelas COTF.
Para ustazah sibuk belajar sedangkan ramai sibuk di bazaar. Sungguh mengagumkan semangat mereka. Kalah saya!
Mohamed Iskandar Sapi
Tua.tapi masih Power..!!he.he..4th day
Guru-guru terpegun dengan alat teknologi yang dapat berkomunasi dengan Prof.dari Canada dan dapat mengetahui berbagai penyakit melalui alat imbasan....CANGGIH !
Guru-guru sedang membuat ujian yang diberikan....Mengkagumkan...!!!!
Akhirul Kalam
HadijahSalleh
Cikgu Super Canggih!!!!!!
Hmm...kalau sekiranya berada di rantauan. Tak payah telefon dari jarak jauh...mahal. Lebih baik gunakan cara ini iaitu Gtalk dan melalui yackpack.com. Kita boleh berkomunikasi antara pasangan atau berkumpulan secara serentak. Cara sebegini murah dan menjimatkan kos. Gerek !
Malah boleh rakam suara lagi. Cikgu telah memperkenalkan kami kepada beberapa lelaman yang menarik seperti Google Earth. Ini baik sekali dan boleh digunakan dalam soalan kefahaman Bahasa Melayu kepada murid dalam bentuk arahan. Satu idea yang baik.
Lawatan ke 'Classroom of The Future' seolah-olah saya berada di alaf masa depan yang 'super canggih'. Murid belajar dalam menggunakan alat IT yang cukup canggih. Nampak gayanya dengan menekan butang di alat IT sahaja, informasi akan keluar dengan sekelip mata. Mungkin anak-anak saya yang akan mengalami suasana pembelajaran yang sebegini. Cara saya mengajar secara konventional mungkin dianggap kolot atau ketinggalan zaman nanti.
Senyap je lab hari ini...
waaah... seronok sekali hari ini sebab semua sempat meluahkah isihati masing2 walaupun dalam jangkamasa yang pendek. sampai kita sempat bertanyakan status cikgu Mazlan...hahaha.
selepas itu kita pergi ke futuristic class iaitu kelas masa depan. Puas hati!!!! masuk dalam seakan2 tempat 'clubbing' hehehe tapi tempat lepak sambil belajar.
With all the device yang disediakan seperti touch screen notebook seperti yang gambar di bawah.
kemudian kami ke future lab dan kelainannya dengan lab yang ada skarang ini ialah gurunya bukan dari Singapura tapi dari USA kami pelajar berbincang menggunakan video conference. Maknanya kalau saya makan angin pun kena communicate dgn student....haaiiyaaa.
Haiiya takkan pun di MRT nak kena belajar lepas dapat msg dari supaya ingat segala maklumat yang dia dah beri... tapi inilah yang akan terjadi di masa akan datang dimana kita berda kita kena belajar.
dah orang kat sebelah di belakang pun dah komen jgn tulis banyak sangat.... ada kata "ini mesti nak 'A' ni"... bleh juga kalau cikgu mazlan nak kasi ... pucuk dicita ulam mendatang...
Banyak sungguh pengalaman manis dan manfaat yang saya dapat dari sesi hari ini....
::::ni letak gambar pun sebab org sebelah asik load gambar je kat blog dia... so ikutlah contoh yang baik::::
Yang Bergaya
Mohd Nor Mustaqim
melusuri cotf
kami juga mempelajari bagaimana chatting di googletalk , forum online melalui yackpack berbincang dan lain-lain
Saya rasa pembelajaran masa hadapan amat menarik dan amat mencabar kalau kita tidak mahir semua ini kita tidak akan dapat menyebarkan nilai yang ingin kita maukan.
Bohari Muhamad
Pengalaman belajar IT hari ini bersama Mr. Mazlan
setelah itu Kami dibawa masuk ke COTF Journey (gambaran class di masa depan ) yang sungguh canggih segala peralatannya.Dari sini dapat memberi saya idea bahawa pembelajaran tidak semestinya diajar disebuah bilik darjah boleh dialihkan dimana-mana agar tidak membosankan . sebelah petang pula diperkenalkan dengan google earth , google map iaitu untuk memantau seluruh dunia yang sungguh menghairankan tak sangka dunia IT sudah sampai ke tahap tu Saya yang ketinggalan. Akhir sekali dapat juga mempelajari yack pack a, dimana kami dapat berbual melalui voice groups yang sungguh menggembirakan .
Sekian.
Faizah .
budak belajo ppt
Wow! semalam kita belajar bagaimana nak buat ppt yang baik. Selama ini bila buat ppt, tak pernah fikir pasal perkara yang diajar oleh Encik Mazlan. Inilah penting kita memdapat bimbingan dari pakar untuk memperbetulkan kesilapan silam. Panduan semasa buat ppt adalah:
1 - Clear
2 - Consistent
3 - Progressive
4 - Simple
5 - Big
Jadi, di lain masa, jika saya nak siapkan ppt, saya akan ingat tips yang telah diberikan, Insya Allah. Cuma, saya nak tahu macam mana nak masukkan gambar ke dalam ppt.
Di sini, saya belajar kita mesti beri bimbingan yang jelas kepada para pelajar kerana dengan cara ini sahaja kita benar-benar menerapkan tarbiyah ke dalam jiwa pelajar. Cuma kena banyak bersabar pasal kita kena ingat tips yang diberi.
Kemudian, kita belajar jadikan ppt sebagai website. Ini menarik sebab kita jadikan nota kita sebagai wadah pelajar kita belajar secara sendiri. Kita boleh masukkan suara dalam ppt, akhirnya pelajar dapat sentuhan peribadi guru bila baca ppt pemberian guru. Selama ni, buat ppt takde suara dan gambar. Kali ini, saya nak terapkan suara dan gambar yang sesuai. Semoga ppt akan datang lebih bermutu.
Terima kasih, Cikgu Mazlan...
yang benar,
Abas aka abu bakar
IT Oh IT. macam-macam je......
"Ok. Eerybody please pay attention".kata guru kita dihadapan. ( kecuh betul budak2 ni ..) :)
Alhamdulillah. jumpa kita sekali lagi.
Hari ini ku mendapat lagi ilmu yang baru.
- ilmu berkomunikasi melalui internet.
Berbagai -bagai cara untuk kita berkomunikasi dan hari ini ku telah mendapat peluang mengggunakan online messaging yang mana sering digunakan oleh anak2 ku begitu juga dengan anak2 murid ku, saya memang tidak pernah menggunakannya, hanya pada hari ini lah baru saya dapat rasakan betapa mudahnya ia, Sampai tergelak-gelak kita di buatnya maklumlah dengan mereka yang tak biasa kita berbual pun jadi biasa sampai Mr. Mazlan kita mabuk dibuatnya.
Daripada pengajaran ini dapat saya terapkan di dalam pengajaran saya seperti membuat projek dan mereka blh berbincang dengan saya melaluinya kalau bergantung di tel penatkan, atau kerja berkumpulan melalui google talk . Mereka jg blh menghantar kerja-kerja mereka melaluinya. mudahkan...... saya hanya menanti di rumah.
Yack pack pun mudah juga iaitu merakam suara . kalau kita nak buat perbincangan di ruang siber sambil minum kopi dirumah pun boleh.
Saya juga telah dibawa ke sebuah bilik yang dipanggil 'Class Room In The Future'. Wau.. bila ku melangkahkan kaki ku ke dalamnya ku rasa seperti berada di dunia baru, dunia yang membawa ku ke alam siber seperti cerita XXRAY.
Kebanyakkan semuanya menggunakan alat-alat teknologi canggih picit, sentuh skrin semua akan berubah dengan menggunakan UMPC. Tapi bukan semua murid mudah untuk mendapatkanya walau bagaimana pun kita masih boleh juga menggunakan rakaman video, google talk dan Yack Pack dalam pengajaran kita , sekurang-kurang kita dapat juga menyaingi pelajar-pelajar lain .
Google EaRTH - baru ku dengar hari ini , alangkah mudahnya teknologi kini. Maklumat ini dapat membantu orang macam saya tahu memandu tapi tak tahu jalan. kesian kita.
Melalui maklumat ini juga boleh membuatkan pengajaran sejarah Islam lebih menarik dan tidak membosankan kerana pelajar dapat melayari dan melihat secara realiti tempat-tempat bersejarah .
Daripada dapatan hari ini menunjukkan betapa pesatnya dunia teknologi , tak tahu apa lagi yang baru pada masa akan datang .
Anak-anak murid kita pada tahun 2010 betapa canggihnya mereka nanti dan kita sebagai Asatizah masa depan harus mempertingkatkan diri dengan dunia IT agar kita dapat seiring dengan zaman mereka . InsyaAllah .
Orang-orang seperti Mr Mazlan yang dapat membantu kita Asatizah untuk menjadi "IT Savvy" dan kita pun harus rajin mengasahnya .
So Mr Mazlan, bersabarlah mengajar kita2 semua.... :)
Jumpa lagi esok..........
Sakinah binte Ahmad
IT Tujuh Petala Langit
Dengan IT dunia yang dianggap besar dan luas menjadi satu perkampungan kecil yang dapat dicapai dengan tangan manusia. Contohnya sebentar tadi saya dan teman-teman telah dibawa menziarahi COTF (Classroom Of The Future). Sekali lagi kami diperkenalkan dengan teknologi canggih yang pada masa dahulu rasanya itu adalah perkara mustahil.
Andainya kita ada kemampuan, rasanya tidak perlu keluar rumah untuk belajar dan mengikuti kuliah. Dengan menekan butang di sana dan di sini kita boleh bercakap dengan mereka yang beribu batu jauhnya dengan kita. Malah boleh melihat wajahnya. Seperti Prof. di Kanada bersidang menerangkan dan mendapat maklumat baru dari orang-orang diluar negara seperti Singapura untuk mendapat info. tentang penyakit proto.... yang saya tak ingat namanya kerana terlalu panjang.
Benar-benar menakjubkan hari ini 4 tembok kita bukan sahaja berfungsi sebagai tembok tetapi juga sebagai alat untuk belajar dan memberikan info.2 yang kita perlukan .
Hari ini Mazlan menerangkan tentang bagaimana kita hendak berbual di internet yang dipanggil MSN. Semuanya merasa seronok kerana dapat berbual dan mengeluarkan pandangan masing-masing. Patutlah anak saya duduk berjam-jam berbual dengan kawannya. Rupanya seronok!
Tetapi jika kita nak berlagak seperti remaja-remaja hari ini, pendek kata tak berasaplah dapur.
Saya teringat cerita "Space 1999" iaitu cereka sains - drama bersiri dalam tahun 1970an. Saya cukup minat drama tersebut kerana banyak memaparkan tentang penemuan-penemuan sains sedangkan pada masa itu saya tinggal di estet getah di Bukit sembawang. Rupa-rupanya kecanggihan teknologi pada masa itu sudah menjadi kenyataan.
Saya juga minat menonton kartoon "Batman" yang tinggal di Gotam City. canggih dengan teknologi. 'Ala kulli hal, IT memang menakjubkan.
Akhir sekali untuk hari ini, kami didedahkan dengan cara bagimana kita melihat peta dunia dengan menggunakan internet yang disiapkan oleh NASA. Sekarang saya tahu bagaiman pihak-pihak tertentu merancang sesuatu rancangan kepada negara-negara lain dengan bantuan setellit yang canggih. (harap faham maksud saya). Begitu juga dengan peta yang telah disediakan oleh LTA tidak kurang faedahnya bagi penduduk-penduduk tempatan untuk mengetahui tentang lokasi-lokasi tertentu yang mereka kurang pasti. Amat menakjubkan. Semuanya ada di GOOGLE.COM. Ayuh menggoogle!
Suhana D
Ke Alf Baru
penggunaan teknologi yang tinggi lagi luas, di mana pembelajaran di lakukan di luar bilik darjah. Murid dan guru atau pensyarah mengadakan pembelajaran melalui internet. Ini sungguh menjimatkan masa dan tempat.
Menu ke COTF
Radziah Mohd Hashim
Visata IT & chit chat
Hari ke 4 di NTU
Pengalaman Visata ke COTM walaupun hanya sejam setengah membuat saya lebih terasa akan
betapa pesatnya teknologi dan mencabarnya cara pengajaran hari ini . Apakah saya mampu melalui semua ini atau dapatkah sebuah madrasah menyediakan pasarana yang canggih ???
Allhu Alam . Seandainya dapat diujudkan ,Prestasi institusi madrasah akan menjadi lebih baik dan mungkin setaraf dengan institusi yang lain .
Hari ini saya dapat berkuminikasi dengan beberapa teman-teman ,yang ada diantara mereka memang telah lama saya kenal sejak dibangku sekolah . Yang terkesan pada saya akan teknologi ini Kita bukan setakat menaip perkataan tapi kita berchit chat dengan mereka dengan cara MSN. Memang seronok tak perlu jumpa dimana-mana .
MSN juga bukan ruang untuk berbual semata-mata tapi boleh dimanfaatkan untuk berbincang akan perkara-perkara yang penting jika kita tidak dapat atau tidak ada masa untuk berkumpul sebagaimana yang dijelaskan oleh cikgu Mazlan . That good idea.
Google Earth dapat membantu orang-orang yang tak padai jalan untuk mencari arah tujuan nya
jadi tak payah beli buku street Direction .
Hai ! hampa nak berinteraksi cara yackpack sebab ada keroskan teknikal . Sekurang-kurangnya
tahu juga benda ni selain MSN .
Saniah Abdul Mutalib
Cak~
Hari ini- dwnload google talk... kita chat sesama kita~
melawat COTF.. cool n canggih ( bila agaknya dpt direalisasikan di madrasah hmm.. )~
dwnload pics.. dpt main picasa lagi ;)~
dikenalkan pada google earth ( gd 4 me, senang nak get directions!) & yackpack.com ( juz talk n talk n talk...)
Once again syukran cikgu Mazlan~
Norashikin Lan
macam dalam movie back to future lah!
Hmm baru saya terfikir, anak-anak murid saya sering bertanya apakah alamat msn saya dan biasanya kami hanya bersembang-sembang santai sahaja..Hari ini saya dapat pelajari bagaimana saya boleh menggunakan msn atau ym atau google talk sebagai wadah untuk saya berhubung dengan mereka berkaitan pelajaran di ruang siber....saya boleh mengingatkan mereka tentang projek atau saya meletakkan topik untuk dibincangkan oleh mereka di dalam group conversation dan saya bertindak sebagai pemerhati dan pembimbing agar perbincangan mereka tidak menyimpang jauh terkeluar dari topik..
Aktiviti-aktiviti ini semua dapat dilakukan di luar waktu kurikulum dan pasti tidak membosankan kerana online messaging memang dekat dengan hati mereka...para waris juga dapat saya hubungi menggunakan teknologi ini...
Selain itu saya juga telah berpeluang menimba pengalaman yang menarik sekali ketika melawat kelas pada masa hadapan atau class of the future..wah mcm kembara naik kapal angkasa pergi planet lain!
Memang tidak dapat dinafikan sukar untuk setiap murid saya mempunyai alat-alat canggih seperti UMPC tetapi saya masih boleh aplikasikan ciri-ciri kelas masa hadapan ini dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran walaupun tanpa UMPC berprogram...sebagai contoh video conferencing masih dapat dilaksanakan dengan mudah menggunakan msn video ataupun YACKPACK (benda baru yang sangat menarik saya baru dapat tahu hari ini)..
Kemudian program-program kuiz berkumpulan atau individu boleh saya menciptanya menggunakan powerpoint atau google docs kemudian murid-murid dengan mudah boleh memuat naiknya dari akaun gmail mereka atau dari blog saya...
Kesimpulannya aktiviti pembelajaran tidak terbatas di dalam ruangan kelas sahaja....sekarang ini kita semua hidup di dalam dunia tanpa sempadan jadi aktiviti pengajaran dan pembelajaran juga tidak ada sempadannya..dengan itu guru hanya perlu memikirkan bagaimanakah caranya untuk mewujudkan suasana ini...selain mereka perlu mempertingkatkan diri mempelajari IT agar dapat bergerak seiring dengan zaman...kalau tidak ketinggalanlah kita...maklumlah biasanya anak-anak muda zaman ini lebih tahu serba-serbi tentang IT jadi guru pun mesti tahu serba-serbi juga...tak rugi punya...
Oh dan akhir sekali selepas ini susahlah saya nak sesat sebab dah ada google maps :) kemudian nak ajar sirah dan sejarah Islam tentang peta pun dah senang sebab ada google earth yeh!
Asyunifar Binte Abu
Fantastic Class
Hurray ! hari ini kita belajar MSN chatting , satu cara yang manarik untuk berkomunasi, macam anak remaja zaman sekaranglah. Cara beginilah yang boleh memerasangkan dan memberi kesempatan kepada pelajar-pelajar passif untuk mengeluarkan pendapatnya dan perasaannya. Dan melalui "chatting" juga kita boleh melaksanakan perbincangan secara berkumpulan dengan mudah dan dan tidak perlulah bertemu di satu tempat.
Tetapi yang paling hebat lagi ialah apabila kita menjelajahi ke " Classroom of the Future " . Kelasnya di alam siber yang canggih seolah-olah dalam tahun 2020 . Kita sebagai pelajar remaja di zaman canggih itu dapat berbual dengan teman di luar negeri melalui alat teknologi .Sambil bersantai di cafe yang dilengkapi dengan bermacam-macam hiburan seperti permainan , video , musik. Kita di beri tugasan untuk menyelesaikan masalah : sejenis penyakit di luar negeri . Untuk mendapatkan maklumat kita berkomukasi dengan Professor yang berada di luar negeri melalui projektor, siap dengan penerangan dan graf . Wow sungguh menakjubkan dengan memicit butang sahaja di " ultra mobile PC" kita dapat informasi yang jelas dan padat.
Di kelas siber pula , sekeliling dinding di pamerkan dengan informasi dan bahan pengajaran yang menakjubkan . Kita hanya memicit butang di "touch screen " untuk menjawab soalan , dan di markahkan dengan sekelip mata disertai dengan penjelasan untuk difahami .
Kita juga zoom in di Google earth dan SLA maps untuk mendapat informasi berkenaan perjalan tempat-tempat dan peta Singapura. "Yackpack" juga satu wadah yang canggih untuk berinteraksi dan berbincang secara berkumpulan .
Kesimpulannya pengetahuan kita dalam IT dapat membantu kita dan ia sebagai teaching aids yang dapat menawan hati pelajar-pelajar dengan pembelajaran yang lebih menarik dan inovasi . Pembelajaran tidaklah semestinya di dalam kelas dengan papan tulis dan tugas guru hanya menyampaikan pelajaran dengan cara yang membosankan. Tetapi ia boleh dilaksanakan sccara kreatif dimana-mana , di rumah , di cafe atau di taman dengan menggunakan Informasi Teknologi yang canggih. Nampaknya kerjaya seorang guru semakin mencabar kerana harus menyiapkan perancangan yang lebih kreatif dan bahan pengajaran yang " up to date " seperti yang kita lihat di "COTF" . Dengan kaedah itu dapatlah disesuaikan di zaman siber nanti di mana para pelajarnya menginginkan pembelajaran yang lebih menyeronokkan dan mencabar !!!
Selamat maju jaya rakan-rakan seperjuangan !!!!!
Thank you very much cikgu Mazlan !
SiDah h. shAhaB
Excitement in the air...
Look at all of us... these past few days had been adventurous and exciting. Today we chatted online in google..It was fun and funny at the same time. Imagine chatting with each other in the same class even to our neighbours beside us and laughing to ourselves.. LOLS... From the chat, I learnt e few things about my 'classmates' and even had a chance to talk to those whom I had never talked to. Thanks to the chatroom, we were less shy online and were able to get to know one another comfortably.
Then the fun escalated when we were brought to the COTF (classroom of the future). It was a place I would never had imagine. In truth, on the way there I was trying hard to imagine what the COTF would be like. It was not like what I had thought.
The concept of COTF is indirect and independant learning via technology. The technology available was maximised for the benefits of the students and at the same time made teaching and learning easier and fun for both students and teachers. It was interesting indeed that students are able to learn anywhere, everywhere; be it at home, in the train or at a cafe. Teachers are even able to remind them as and when about assignments etc. The scary part to me was parents could keep tag of students whereabouts. Of course it has an advantage to it but at the same time its also violating their privacy. To me its like juveniles under probation. Well everything does have its pros and cons I guess.
Overall COTF has opened our minds to get out of the rigid box and extend knowledge to students in a comprehensive yet innovative manner. I thought the on-the-spot test and answer technic was great even for group works.
However as it seems technology is ever developing and available for use but its rarely put to great use especially. Sometimes its time consuming to use technology as it requires much practice and knowlegde, however it is a waste to not maximise its usage when its available. Unfortunately, our madrasahs do not have such facilities available to us to make our lessons as lively as COTF. But we could still use its creativity to enliven our lessons. Insyaallah. I hope I would remember to apply what I have seen and learnt throughout this course. :)
And finally, we were exposed to google earth, and some map websites and lastly yackpack. Google earth and the map websites I really find it useful for my geography class and maybe maths. This is especially so since the resources for geography is very limited in school. The yackpack on the other hand seems useful for group discussion. However with the experience just now, I think it will be tough to have in class as the problems which may arise would waste lesson time and students like us, a few minutes ago, would definitely chat about something else. Unless we limit the discussion time and expect a product at the end of the lesson, then maybe the students would keep on track.
Azizah.
Mari ke COTF!
Esok hari terakhir kita belajar IT dengan cikgu Mazlan, harap-harap cikgu Mazlan tidak jemu untuk kongsi ilmunya lagi dengan kita. Saya akhiri blog ini dengan 2 rangkap pantun:
POT.. PET.. POT.. PET ~ Asyik Berbual Aje Nari~
TAPI... kerana kursus kelolaan Cikgu Mazlan ini sungguh SYIOK sepanjang tiga hari yang lalu, sudah semestinya hari keempat ini tidak kurang menarik atau tentu akan LEBIH SYIOOOK!! Tentu berbaloi kalau datang kan... Dari itu, lautan api sanggup ku renangi, ke gunung tinggi sanggup ku daki, perjalanan selama hampir 2jam sanggup ku harungi demi untuk mengejar ilmu yang dikau curahkan, cikgu...CEWAH~
Ternyata sangkaanku tidak meleset, pelajaran dimulakan dengan Cikgu Mazlan memperkenalkan tentang Google Talk. Hari ini kita belajar CHATTING!!! Wow!Bestnya... Da bertahun tak chatting tetapi masih ingat lagi satu perkara iaitu kalau da mula chat, susah nak berhenti. Jelas sekali, bila da mula chat, guru-guru naik seronok, macam tak mahu tinggalkan pc...
Jam 10.30pagi, lawatan ke COTF...
C.O.T.F ( Classroom Of The Future ) adalah sebuah bilik yang menunjukkan cara kehidupan dan pembelajaran di zaman siber yang lebih canggih dari sekarang. Kami dibawa ke lima buah ruangan yang berbeza, ada ruang kafe, makmal sains, MRT, ruang tamu dan juga bilik darjah. Dengan menggunakan UMPC ( Ultra Mobile Portable Computer ), pelbagai perkara boleh dilakukan di kesemua ruang tadi. Sesungguhnya kecanggihan ini menakjubkan aku.
Yang paling menarik perhatianku ialah ruang kelasnya di mana papan tulis digantikan dengan skrin, malah dinding-dinding kelas juga boleh menayangkan informasi...Full size lagi!!!
Bukan itu sahaja, malah tayangan di dinding juga boleh ditukar-tukar mengikut suasana yang diingini. Tidak akan timbul lagi masalah seperti..."Cikgu, saya terlupa bawa alat tulis!"
Semuanya akan menggunakan pena khas untuk skrin di atas meja atau menggunakan alat UMPC tadi.
Di akhir lawatan, semua guru gembira kerana dapat cenderamata! Yahoooo...!!!
Sementara menunggu para ustaz dan guru lelaki pulang dari masjid, kami kaum hawa yang tinggal mempraktikkan apa yang sudah dipelajari selama ini, ada nak cuba powerpoint, ada yang update blog, ada yang upload gambar dan ada yang tak berhenti berchatting!!
Kemudian aku diperkenalkan pula dengan Google Earth & Google Maps. Kaedah untuk mencari lokasi bukan sahaja di Singapura malah merata DUNIA!! Satu cara yang boleh digunakan kalau khuatir tersesat di mana-mana ceruk dunia.
Akhir sekali, 'YackPack', satu lagi kaedah komunikasi canggih dimana bukan setakat menaip teks, malah boleh rakam suara sekali...sikit lebih kurang macam berbual di telefon tapi menerusi internet.
So, sekarang nak pulang..Jumpa lagi esok...Hari Terakhir!!!
Sekian. Syukran Cikgu Mazlan
NuRuLhUdA sAnIfF
pembelajaran yang menghairahkan
Hari saya pelajari mengenai chatting ,ini lebih memberangsangkan saya untuk mendalami dan menjadi lebih baik dalam ilmu IT . Saya sungguh kagum dengan kecanggihan teknologi zaman ini kerana kita dapat berinteraksi antara satu sama lain sama ada yang dekat atau yang jauh dengan mudah dan cepat.
Hari ini juga saya dan rakan-rakan dapat menziarahi kelas yang canggih seperti ( COFT ) iaitu 'Classroom of the future' Saya merasa amat kagum dengan alat-alat yang canggih dari yang kecil hingga yang terbesar sesuai kedudukan persekitaran kelas yang berbagai bentuk. Pembelajaran yang terakhir amat menyenangkan saya untuk mendapatkan maklumat di negeri sendiri dan luar negeri demi untuk panduan diri sendiri .
Saya merasa sungguh ghairah untuk mengetahui dengan lebih mendalam ilmu IT agar saya dapat berkongsi ilmu ini dengan para pelajar di madrasah.
Sekian terimakasih
siti juliah bte jundi