Monday, March 16, 2009

HARI PERTAMA DI NIE - NTU


Salam sejahtera kepada semua.


Saya Cikgu Zulkifli dari Madrasah Al-Irsyad Al-Islamiah.


Alhamdulillah, ini adalah tahun ke-15 saya bertugas di Irsyad. Suatu jangka masa yang agak lama namun, ia adalah suatu pengalaman yang indah sebagai seorang pendidik.


Pada awalnya semasa saya mula bertugas, saya mengajar bahasa Melayu (primary) dan juga latihan jasmani. Apabila Irsyad membuka kelas menengahnya pada tahun 1998, saya mula berpindah tugas secara bertahap-tahap hingga ke hari ini.


Saya mula mengajar kelas menengah bahasa Melayu. 3 tahun lalu saya juga terlibat dengan program Qiraati. Pada tahun lalu, saya juga diminta membimbing kelas tilawah al-quran di peringkat rendah. Sekarang, kembali semula mengajar bahasa Melayu di peringkat menengah atas.


Inilah Irsyad. Kami diberi peluang menyumbang tenaga di mana dirasakan boleh dan perlu. Dengan peluang-peluang indah yang diberikan, menjadikan kami guru-guru yang lebih berpengalaman dan bisa meneroka bidang-bidang baharu.


Namun, tugas utama sebagai guru bahasa Melayu menjadi pilihan saya. Keindahannya, keunikannya dan juga ibarat khazanah yang melimpah ruah, menjadikan hati ini terpaut untuk memperjuangkan dan mengembangkannya kepada para pelajar sekalian.


Keputusan bukanlah menjadi keutamaan. Saya berpendapat, pelajar yang dapat memahami dan menghayati kesantunan, kelembutan dan kehalusan bahasa dan kebudayaan Melayu, adalah pelajar yang telah berjaya di dalam kelas saya.


Harapan saya, dalam module ini saya akan dapat meraih ilmu-ilmu baharu agar dapat saya aplikasikan apabila pulang ke kelas nanti, insha'Allah.


Sekian, wassalam.




"TIDAK MELAYU HILANG DI DUNIA"

6 comments:

JuMaNTaRa said...

Panjang sangat ah... Ni bukan personal blog k... heee... Selamat bekenalan...

Muhammad Dzarif Abdul Wahab said...

Wow!! Panjang ceritanya.. melambangkan PengalmanSnya yang banyakS..
Nampak muka yang lebih serius... Baru lepaskan geram?

Salehin said...

ternyata short posting yg diminta, KARANGAN O LEVEL pula yg cikgu berikan! haha

TAWARIKH CINTA said...

Ok. Jangan khuatir, pendaftaran O level baharu dibuka. Boleh daftar. Saya boleh kasi kelas tambahan..........hehehe

Salehin said...

TIDAK MELAYU HILANG DI DUNIA?
NI KATA2 HANG TUH KAN?
TAPI HANG TUAH SENDIRI AKHIRNYA HILANG ENTAH KE MANA, MANA KUBURNYA?

TAWARIKH CINTA said...

Nak tau sangat ke kuburnya? Nanti dia menjelma......hmmm padan muka.