Salam ukhuwah dan salam muhibbah kepada rakan-rakan semua.
Maaflah, hari ke-3, masih lewat lagi. Lagi di sekolah, dah kena "detention". Maafkan kami Encik Mazlan.......
Ok aktiviti pertama hari ini ialah membuat video klip untuk dijadikan bahan pengajaran. 6 orang guru lelaki bergabung untuk membuat klip yang yang panjangnya 2 minit sahaja. Seronok. Paling seronok apabila ada satu buah kapal, tapi mempunyai 6 nakhoda. Hehehehe.
Walaupun seorang telah dilantk secara tidak rasmi untuk menjadi "camera man" dan juga tuan direktor, yang lain tetap hendak mencelah memberikan idea dari masa ke semasa. Saya lihat ini sebagai suatu yang positif. Ini menunjukkan kami semua bersatu hati dan tidak lokek hendak berkongsi idea. Ini juga menunjukkan kami semua ghairah untuk menyiapkan video klip inil, tidak ada seorang pun yang duduk macam "towkay". Semuanya ingin yang terbaik. Terima kasih semuanya sebab menjadikan aktiviti ini menarik sekali. Hasilnya, memuaskan, walaupun ada sedikit kelemahan. Namun, enshaAllah, akan dapat diatasi.
Kemudian Encik Mazlan telah memperkenalkan kepada kami 4shared.com, zip, goolgle earth, dan mind42.com. Semua ini kenalah dicuba bila ada masa nanti. Bukan senang, namun itu bukan halangan. Semoga apa yang diajar dapat dibuat dengan baik dan lancar.
Oh ya, jutaan terima kasih kepada Encik Mazlan kerana telah banyak membimbing saya untuk memperbaik blog saya. Akan saya cuba apa yang Encik Mazlan telah tunjuk ajar saya tadi. Moga-moga berjaya, tapi kalau tak berjaya, saya masih boleh tanya lagi kan? :)
Kalau sudi, singgahlah di blog saya... http://ceritahatiseorangguru.blogspot.com/
Sekian catitan hari ke-3. Semoga esok dapat bertemu Encik Mazlan dan rakan-rakan semua.
Sekian, wassalam.
No comments:
Post a Comment