Friday, March 20, 2009


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الأساتذة الفضلاء
Journey to the classroom of the future.
Agak bila madrasah-madrasah Singapura dapat menggunakan teknologi canggih ini? Kasihan pelajar-pelajar madrasah bawa bag seberat 5 kilo tiap-tiap hari. Dengan perkembangan teknologi di era Globalisasi Science Fiction sudah jadi kenyataan. Dunia tiada lagi sempadan, perhubungan makin mudah.


الحمد لله hari ini Cikgu Mazlan memperkenalkan kepada kita Google Earth yang dapat melihat dunia menggunakan satelite. Ana telah meninjau di Makkah dan melihat gambar-gambar lokasi seperti Masjidil Haram tempat mengerjakan tawaf, Safa dan Marwa untuk mengerjakan ibadat saai, Mina tempat melontar batu, Gua Hira, Jabal Rahmah tempat berkumpul di Arafah, Jabal Nur dan banyak lagi. Pendeknya amat sesuai bagi yang hendak mengerjakan ibadat haji supaya dapat melihat sendiri tempat yang bakal di kunjungi.
Bukan itu saja, kalau Cikgu Nordiana hendak lihat bekas tapak istana Balqis kunjungilah Yemen, sungguh menajubkan!

Photofunia memang fun, dapat create gambar sendiri di template yang menarik dan berwarna-warni. Begitu juga Magmypic dapat buat magazine cover dengan wajah sendiri. Walau komputer yang ana gunakan ada masalah, ana dapat berkongsi dengan komputer Ustaz Yaacob.

Kentang Panas: alat untuk melakar latihan -latihan berbentuk interaktif. Ana dapat cuba Jcloze dan Jmatch tapi ada masalah komputer dengan Jcross. Walaubagaimanapun ia tidak menjejas pembelajaran kerana boleh share dengan rakan-rakan. Yang penting Cikgu Mazelan sudah beri kuncinya, pandai-pandailah explore macam Ustazah Dewi, tidak begitu Ustazah?

Sekian
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

No comments: