Saturday, March 21, 2009

Day 5

الأساتذة الفضلاء والأستاذات الفاضلات
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tiap yang bertemu akan berpisah.

Hari terakhir di NIE computer lab bersama dengan Cikgu Mazlan. Dalam 5 hari sahaja ana dah pelajari lebih 20 teknologi, Hanya professional sahaja yang dapat mengajar teknology sebanyak itu dalam masa yang singkat. Syabas Cikgu kerana memperkenalkan kepada kami IT terkini yang perlu diketahui oleh pendidik anak-anak madrasah.

Kelas bermula dengan panduan untuk melakar power-point yang lebih efektif. Banyak practical tip yang berguna yang dapat di contohi. Facebook menjadi wadah yang terbaik untuk mencari teman sekolah lama dan saudara yang telah menghilangkan diri. Photo Story 3 untuk melakar pelajaran menggunakan photo, caption, suara latar dan music dalam bentuk video. Pbwiki pula untuk memgumpulkan idea, maklumat dan comment secara on-line.

Thank you Cikgu Mazlan for helping to change asatizah`s teaching through IT. You really help us while benefiting madrasahs as a whole.

Semoga Allah membalas jasamu dengan sebaik-baik balasan.

PS: Bagi rakan-rakan yang tidak lengkap borang teknologi, bacalah posting insya Allah dapat idea tentang apa yang kita telah pelajari selama seminggu.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

No comments: