Wednesday, March 18, 2009

Day 3

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Menyiapkan educational video clip 2 minit bukan senang rupanya. Perlu perancangan yang rapi dan kemahiran video editting. Yang menariknya tiap kumpulan mempunyai cara yang bebeza dalam menyampaikan pelajaran. Kemahiran IT tidak datang dalam satu hari, perlu latihan dan ulangan.

Hari ini kita belajar bagaimana hendak embed pelajaran dari YouTube ke blog dan create blog sendiri. 4shared.com boleh dijadikan sebagai on-line back-up file, awas! kalau tidak digunakkan dalam sebulan account tidak lagi aktif. Mind42.com pula wadah yang terbaik untuk buat mind-mapping.

Belajar dan mengajar IT perlu banyak sabar kerana kebolehan pelajar berbeza-beza, lebih-lebih lagi bagi generasi digital native tentulah cepat faham berbanding dengan digital immigrant. Tugas Cikgu Mazlan sebagai pembimbing dan fasilatator, kitalah harus banyak practice dan belajar menerusi trial and error.

Rome was not built in one day

فتح الله علينا وعليكم جميعاً


No comments: