Friday, March 20, 2009

Hari ke 5 (terakhir) di nie Boon Lay


Assalamualaikum wr.wb.

Pertama sekali saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana di usia yang hampir senja ini saya berpeluang menjejakkan kaki dan menimba ilmu di institusi yang telah melahirkan ramai pendidik di Singapura.

Insya Allah saya akan cuba menggunakan segala ilmu yang telah saya perolehi secara bertahap-tahap di Madrasah saya nanti.

Kepada Cikgu Mazlan, jutaan terima kasih. Hanya Allah yang dapat membalas amal jariah anda. Untuk anda saya titipkan serangkap pantun.

Banyak buah di luar pagar.

Ambil galah tolong jolokkan.

Kami Asatizah tumpang belajar.

Banyak kerenah tolong maafkan.



Kepada "jiran tetangga" yang sabar membantu; Eton, Sue, Liza & Bibah. Syukran kathiran. Anda semua adalah teman sejati.

Kepada teman-teman seperjuangan. Ayuh.... tambahkan semangat untuk kembali semula ke nie Boana Vista bagi meneruskan perjalanan yang masih panjang.

Akhir kalam...

Wassalamualaikum wr. wb.

No comments: