Friday, March 20, 2009

Hari Jumaat - hari terakhir

Al hamdulillah, sampai ke hujungnya.

Pada hari ini kami mempelajari sesuatu yang sangat menyeronokkan iaitu Photoshop . Gambar-gambar boleh diatur mengikut urutan. Pada setiap gambar ditulis perkataan -perkataan
yang sesuai , kemudian suara boleh dimasukkan begitu juga lagu latar. Satu cara yang menyeronokkan dan idea yang baik untuk projek murid.

Selain dari itu , kami mempelajari Facebook yang mempunyai kegunaan. Antaranya: mencari teman-teman yang sudah tidak ketemu, menghantar bunya dan sebagainya.
Facebook ini sebenarnya berfaedah juga kepada pendidikan kerana ia menjadi wadah murid untuk
meluahkan perasaan yang perlu dipandu dengan cara yang sihat.

Kami perlu menghantar projek contoh rancangan pengajaran yang menggunakan teknologi yang
telah dipelajari. Cara ini sangat baik kerana memupuk sikap kerjasama selain dapat mempraktikkan apa yang kami pelajari.

No comments: