Sunday, March 22, 2009

Reflection Day 3 & 4

Salam
Cikgu Mazlan

Maaflah cikgu, kerana terlupa untuk membuat refleksi dari apa yang telah saya pelajari di hari 3 & 4 kelmarin, so hari ini sebelum buka sekolah dan kebetulan pula hari ini hari Minggu jadi adalah masa saya untuk membuatnya.

Day 3
Setahu saya bahawa kita akan diajar Peanut Butter, Mind 42, 4 Shared dan Google Earth, namun kita hanya dapat belajar Mind42 dan 4shared. Pada mulanya saya tidak dapat memahami kelebihannya kerana malu untuk bertanya, malumlah takut orang kata asyik dia aje yang tanya tak faham-faham. So saya pendamkan saja dulu, namun setelah saya mengulanginya di rumah barulah saya tahu. Bestlah!!!

Day 4 pula
Saya pelajari tentang kentang panasa. Sebenarnya pelajaran ini telah saya pelajarinya dahulu. Walaupun cara ini amat baik dibuat di sekolah namun saya tidak suka membuatnya kerana proses membuat kerjanya agak leceh. Tapi kali ini saya rasa ianya lebih mudah. Mungkin ia adalah satu pembaharuan yang memudahkan. Dengan cara yang mudah ni barulah saya boleh mengaplikasikannya di sekolah.

Satu lagi tentang photofunia dan magmypic, wah seronoklah. Boleh letakkan gambar seolah-olah macam orang terkenal dan boleh buat cover magazine sendiri. Cantik.........!

Tentang googleEarth pula agak pening sedikit melihat gambarnya, ketika ia zoom dekat-dekat, maklumlah mata dah berumur.


Walaubagaimana pun saya seronok belajar pelajaran ni. Terima kasih CIkgu Mazlan. Semoga Allah sahaja yang akan balas jasa baik cikgu terutama sekali atas kesabaran cikgu ketika mengajar kami ni.

Terima kasih.

No comments: