Tuesday, November 25, 2008

Reflections at Bukit Chandu

Kursus Teaching Social Studies bermula hari Isnin. Gurunya Dr Sher Banu. Hari pertama saya dan Ustaz Idham sesat mencari kelas.

Pada hari kedua, kami telah dibawa ke Bukit Chandu di Pasir Panjang. Ini sebahagian daripada pembelajaran kami tentang "Field Trip" atau darmawisata. Di sana, kami dapat belajar tentang pelbagai peristiwa yang telah berlaku sewaktu peperangan Jepun.













Saya juga lebih mengetahui tentang Lt Adnan Saidi dan pengorbanan beliau serta regimen Melayu. Sayu rasanya meniti sejarah lama. Saya dan Ustaz Mustaqim ada juga cuba untuk jadi serdadu, tapi nampak sah tiada tokoh langsung! Lawatan sambil belajar ... memang menarik!






























"Tuan ... kami sedang diserang tuan! Musuh datang kanan dan kiri!"












"Jangan takut ... kita terus berjuang walaupun apa terjadi! Dengan adanya lampu, cerah peluang kita!"












"Tuan ... saya sah panggil infantri kereta kebal, tetapi mengapa mereka belum sampai-sampai? Mungkin ada masalah tuan."












Infantri Kereta kebal tidak mendengar arahan ... tak gerak-gerak sebab asyik posing ambil gambar! Meriam dibuat gayut! Maut jadinya!















"Tuan, kita tidak boleh harapkan mereka. Sudah seminggu mereka diberi makan mi pagi petang siang malam. Dah jadi macam drill and practice tuan. Sekarang, mereka diberi makan kuih ... mereka kebulur tuan. Maklumlah ... bawa kereta kebal ... tangki satu-satu pun saiz kereta kebal, tuan."















"Betul tuan ... saya rasa lain kali kita perlu siapkan ketuhar dalam kereta kebal tuan ... ini untuk motivasi ekstrinsik tuan. Satu lagi tuan, parking kereta tank di One North mahal tuan ... harga sebenar satu hari $8.40 tuan. Pakai tiket komplimentari, $4.50. Mana kami ada duit tuan?"











Infantri kereta kebal tetap belum bergerak, masih bergaya ...

Memori Di NIE

Minggu lalu, selesai sudah kelas Instructional Strategies kelolaan Cikgu Aidil. Memang padat dan menarik kursus anjuran beliau. Banyak perkara yang dapat kami pelajari. Cooperative Learning, menggunakan boneka dalam kelas, membuat sumber ... kalau nak cerita, tak habis-habis. Di NIE juga semua orang naik muak makan mi .... pagi dan petang, hidangan wajib mi. Seluruh 5 hari, makan mi. Sampaikan ada yang bungkus kerana mi tidak kehabisan. Secara keseluruhan, banyak teknik pengajaran yang baru dan menarik telah kami pelajar! Terima kasih Cikgu Aidil! Moga ilmu yang diajar akan kami manfaatkan sebaik mungkin!









Wednesday, November 19, 2008

Kelas mula semula

Sudah tiga hari kelas Dip/Ed dimulakan. Kali ini kami mengikuti modul 'Teaching Strategies'. Kelas diadakan di NTU/NIE.

Pensyarah kami Cikgu Mohamed Aidil Subhan Mohamed Sulor. Kelakar orangnya. Selain ilmu yang banyak, tak habis-habis kami ketawa mendengar cerita-cerita beliau.

Saya pada mulanya agak lembab, maklumlah, sudah lama tidak ke kelas. Lama-kelamaan, syiok pula belajar semula.

Tadi kami belajar menggunakan boneka untuk bercerita. Kami juga dapat mencuba. Kecoh kelas apabila para asatizah menunjukkan bakat masing-masing.

Kali ini saya lampirkan nota-nota yang telah saya catatkan. Sila beri maklum balas jika kurang betul. Maklumlah, saya budak baru belajar ...