Saturday, March 21, 2009

HARI KE-5 (HARI AKHIR)


Salam sejahtera kepada Encik Mazlan dan juga rakan-rakan guru.

Alhamdulillah, telah 5 hari kami semua melalui module pengenalan IT di NIE. Seperti hari-hari lain, hari ini dipenuhi dengan pembelajaran yang menarik.

Photostory yang hampir gagal kami belajar pada hari ke-4, dapat juga kami pelajari di hari ke-5. Encik Mazlan berjaya membimbing kami menggunakan sofwe ini dengan begitu baik sekali. Sebelum ini saya pernah juga menggunakan gambar dan dijadikan video klip. Namun, sofwe yang saya gunakan tidaklah semudah dan seseronok yang ini. Bukan sahaja gambar dan lagu, malahan suara kita yang bak buluh perindu ini, boleh dimuat turunkan ke dalam video klip ini. Terima kasih sekali lagi Encik Mazlan.Facebook. Ah, walau pun saya telah mula menggunakan Facebook sejak Tahun Baru Cina (Itu pun saya buka setelah di desak oleh salah seorang murid saya), tetapi dengan bimbingan Encik Mazlan, banyak lagi fungsi-fungsi lain yang dapat saya pelajari.

Peanut Butter Wiki. Hehehe. Teringat "peanut butter sandwith with blackcurrent jam". Kegemaran saya semasa kecil hinggalah hari ini. Walaupun banyak kelebihan program ini, dan Encik Mazlan telah menerangkannya dengan begitu terperinci, namun, saya kurang tertarik dengan program ini. Mungkin, saya belum betul-betul melihat kegunaan dan kehebatannya, atau pun mungkin ianya kurang digunakan di dalam keperluan tugas saya. Mungkin, suatu hari, apabila saya merasakannya perlu, inshaAllah, akan saya gunakan.

Projek. Ah. Pada mulanya, kami diminta membuat projek dan pembentangan. Namun, ditukar kepada hanya penghantaran. Saya suka kumplan saya, yang terdiri daripada semua guru lelaki (6 semuanya). Idea mencurah-curah. Malahan melimpah ruah. Dua orang guru veteran, senior dan berpengalaman. Saya yang boleh dikatakan sederhana. Dan tiga lagi, golongan yang muda, dan baru jadi guru. Para pembaca dapat bayangkan cara-cara yang berbeza semasa berbincang, semasa hendak memulakan projek, semasa membuat projek. Kecoh. Hahahaha. Kadang-kadang semasa kecoh tu, ada yang terpaksa menenangkan keghairahan yang lain. Hebatkan? Walaupun semuanya guru-guru lelaki, tetapi tidak ada yang "relax one corner". Semuanya "on our toes"!

Hari beraikhir dengan sesi mengambil gambar. Sedih juga. Tetapi, sudah menjadi adat kehidupan. Bertemu dan berpisah. Mudah-mudahan berjumpa lagi. Walau pun di alam siber. Betulkan Encik Mazlan?


Kepada Encik Mazlan, jutaan terima kasih saya ucapkan. Ilmu yang encik berikan, kesabaran yang encik paparkan, kesungguhan yang encik berikan, ini semua akan kami pahatkan di hati. Ramai di antara kami, termasuk saya, yang tidak mahir dengan sofwe-sofwe haru, menggelabah bila hendak mencuba. Malahan, jari-jemari "menggigil" hendak menekan papan kekunci. Namun encik, terus "melayan" kerenah kami, guru-guru madrasah yang memang dahagakan ilmu sentiasa.

Jutaan terima kasih juga kerana banyak berkongsi "sejarah-sejarah" lama encik. Gambar rambut panjang "rockers" tu, phew, cute, mute, melecun! Hehehe. Sekarang barulah saya tahu mengapalah suara encik serak-serak basah. Namun, tetap lemak! Hehehe

Jutaan terima kasih kerana banyak membantu saya, mendalami cara-cara blogging, picasa. Ini adalah aktiviti laziman saya. Walau pun saya sudah ada blog sendiri, namun, banyak lagi fungsi syang saya telah pelajari daripada encik yang, inshaAllah, akan saya terapkan agar pengajaran akan menjadi lebih menarik.

Juga, jutaan terima kasih kerana sudi membantu saya, "memulihkan", blog saya, yang gambar-gambarnya telah "dimakan" oleh picasa.

Kepada rakan guru, juga jutaan terima kasih. Soalan-soalan kita, telah banyak membantu antara satu dengan yang lain. Kekocohan kita, telah menceriakan kelas ini. Semoga kita diberi kesihatan untuk terus menuntut ilmu dan berjaya menamatkan program ini dengan baik, inshaAllah.

Sekian wassalam.
(Zulkifli M Sa'ad, Madrasah Al-Irsyad Al-Islamiah)


(Oh ya, di hari terkahir, kami bertiga, berjaya datang awal, hehehe)

Day 5

الأساتذة الفضلاء والأستاذات الفاضلات
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tiap yang bertemu akan berpisah.

Hari terakhir di NIE computer lab bersama dengan Cikgu Mazlan. Dalam 5 hari sahaja ana dah pelajari lebih 20 teknologi, Hanya professional sahaja yang dapat mengajar teknology sebanyak itu dalam masa yang singkat. Syabas Cikgu kerana memperkenalkan kepada kami IT terkini yang perlu diketahui oleh pendidik anak-anak madrasah.

Kelas bermula dengan panduan untuk melakar power-point yang lebih efektif. Banyak practical tip yang berguna yang dapat di contohi. Facebook menjadi wadah yang terbaik untuk mencari teman sekolah lama dan saudara yang telah menghilangkan diri. Photo Story 3 untuk melakar pelajaran menggunakan photo, caption, suara latar dan music dalam bentuk video. Pbwiki pula untuk memgumpulkan idea, maklumat dan comment secara on-line.

Thank you Cikgu Mazlan for helping to change asatizah`s teaching through IT. You really help us while benefiting madrasahs as a whole.

Semoga Allah membalas jasamu dengan sebaik-baik balasan.

PS: Bagi rakan-rakan yang tidak lengkap borang teknologi, bacalah posting insya Allah dapat idea tentang apa yang kita telah pelajari selama seminggu.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Friday, March 20, 2009

Priceless

Parking fee at NIE carpark: $3.00
Double Cheeseburger meal at NTU: $4.40
A bottle of Water Chestnut: $1.30
A new skirt I bought on impulse while on my way home: $45.00

Knowledge gained in Mr Mazlan's class: Priceless

Thank you for everything. It has been an amazing week.

Module 2, Day 5....







Module 2 has just ended... I'm gg to miss the fun times in the lab. Didn't write in yesterday I think, was too worn out with all the new software introduced. Tho exhausting, I'm looking fwd to try out almost all of them!(sounds ambitious rite... haha, maybe need to take a whole mth break from sch just to explore all those softwares to the max...)

Hot potato is a gd way for us to asses our students' understanding and exercises can be created rather easily. I wonder if there's any such software to generate math worksheet/ exercises...
Cmap still seems a bit'messy' and 'leceh' at times, I feel that mind42 is more friendly & fun.

I'm still thinking of how I can utilize Photostory & pbwiki...

Thank you Cikgu Mazlan for your patience & willingness to help us in all ways possible. I've really gained a lot from this module, somehow it has motivated me to do more for the students... =) Lastly, happy belated birthday Cikgu! Hope u like our gift ^_^

our last day in IT

hari ni adalah hari terakhir di IT....terima kasih bebyk cikgu...cikgu telah banyak bersabar dengan kita...
niari kita bljr photostory...wiki...effective ppt...
last but not least...hepi belated birthday cikgu Mazlan...smoga sentiasa dalam maghfirahNya...
a big thank....

Last Day in NIE...

Fortunately, ive learned a lot things in a only a week...thanks to Sir Mazlan. Of course, i'll instill the learning in my subjects in future, insya-allah.

Thanks again, Cikgu Mazlan..and happy belated birthday to you ;-)...

Hri ke 5 di NIE

Rasa sedih juga untuk mengakhiri krusus ni.

Pada hari ini kami disuruh membuat lesson plan dengan menggunakan teknologi yang telah diajarkan oleh Cikgu Mazlan. Cikgu rasanya nak teruskan lagilah. FYI saya telah terlupa untuk membuat reflaksi pada hari ke tiga dan empat. Maklumlah nak cepat balik. Bila di rumah pula dah penak dengan anak-anak. Tapi takpe saya akan membuatnya kemudian.

Oh ya bagi projek yang cikgu berikan tu, kalau tak dapat A pun takpe asalkan dapat A*. (he..he..he..)

Apa pun saya suka pelajaran IT ni. Thank U Cikgu Mazlan.