Kursus Teaching Social Studies bermula hari Isnin. Gurunya Dr Sher Banu. Hari pertama saya dan Ustaz Idham sesat mencari kelas.
Pada hari kedua, kami telah dibawa ke Bukit Chandu di Pasir Panjang. Ini sebahagian daripada pembelajaran kami tentang "Field Trip" atau darmawisata. Di sana, kami dapat belajar tentang pelbagai peristiwa yang telah berlaku sewaktu peperangan Jepun.
Saya juga lebih mengetahui tentang Lt Adnan Saidi dan pengorbanan beliau serta regimen Melayu. Sayu rasanya meniti sejarah lama. Saya dan Ustaz Mustaqim ada juga cuba untuk jadi serdadu, tapi nampak sah tiada tokoh langsung! Lawatan sambil belajar ... memang menarik!
"Tuan ... kami sedang diserang tuan! Musuh datang kanan dan kiri!"
"Jangan takut ... kita terus berjuang walaupun apa terjadi! Dengan adanya lampu, cerah peluang kita!"
"Tuan ... saya sah panggil infantri kereta kebal, tetapi mengapa mereka belum sampai-sampai? Mungkin ada masalah tuan."
Infantri Kereta kebal tidak mendengar arahan ... tak gerak-gerak sebab asyik posing ambil gambar! Meriam dibuat gayut! Maut jadinya!
"Tuan, kita tidak boleh harapkan mereka. Sudah seminggu mereka diberi makan mi pagi petang siang malam. Dah jadi macam drill and practice tuan. Sekarang, mereka diberi makan kuih ... mereka kebulur tuan. Maklumlah ... bawa kereta kebal ... tangki satu-satu pun saiz kereta kebal, tuan."
"Betul tuan ... saya rasa lain kali kita perlu siapkan ketuhar dalam kereta kebal tuan ... ini untuk motivasi ekstrinsik tuan. Satu lagi tuan, parking kereta tank di One North mahal tuan ... harga sebenar satu hari $8.40 tuan. Pakai tiket komplimentari, $4.50. Mana kami ada duit tuan?"
Infantri kereta kebal tetap belum bergerak, masih bergaya ...
Tuesday, November 25, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
kuikuikuikui...
yang lain senyap.. tengah buat assignment ke?
macam nak pecah perut saya tengokkan gelagat anda semua... apa khabar Ustaz2 & Ustazah2 sekelian... di harapkan semuanya sihat dan semakin luas minda anda mencuba cara pendidikan baru ini melalui penggunakan teknologi mahupun pedagogi baru...
salam hormat dari saya, mazlan.
Post a Comment