Tuesday, November 25, 2008

Reflections at Bukit Chandu

Kursus Teaching Social Studies bermula hari Isnin. Gurunya Dr Sher Banu. Hari pertama saya dan Ustaz Idham sesat mencari kelas.

Pada hari kedua, kami telah dibawa ke Bukit Chandu di Pasir Panjang. Ini sebahagian daripada pembelajaran kami tentang "Field Trip" atau darmawisata. Di sana, kami dapat belajar tentang pelbagai peristiwa yang telah berlaku sewaktu peperangan Jepun.













Saya juga lebih mengetahui tentang Lt Adnan Saidi dan pengorbanan beliau serta regimen Melayu. Sayu rasanya meniti sejarah lama. Saya dan Ustaz Mustaqim ada juga cuba untuk jadi serdadu, tapi nampak sah tiada tokoh langsung! Lawatan sambil belajar ... memang menarik!






























"Tuan ... kami sedang diserang tuan! Musuh datang kanan dan kiri!"












"Jangan takut ... kita terus berjuang walaupun apa terjadi! Dengan adanya lampu, cerah peluang kita!"












"Tuan ... saya sah panggil infantri kereta kebal, tetapi mengapa mereka belum sampai-sampai? Mungkin ada masalah tuan."












Infantri Kereta kebal tidak mendengar arahan ... tak gerak-gerak sebab asyik posing ambil gambar! Meriam dibuat gayut! Maut jadinya!















"Tuan, kita tidak boleh harapkan mereka. Sudah seminggu mereka diberi makan mi pagi petang siang malam. Dah jadi macam drill and practice tuan. Sekarang, mereka diberi makan kuih ... mereka kebulur tuan. Maklumlah ... bawa kereta kebal ... tangki satu-satu pun saiz kereta kebal, tuan."















"Betul tuan ... saya rasa lain kali kita perlu siapkan ketuhar dalam kereta kebal tuan ... ini untuk motivasi ekstrinsik tuan. Satu lagi tuan, parking kereta tank di One North mahal tuan ... harga sebenar satu hari $8.40 tuan. Pakai tiket komplimentari, $4.50. Mana kami ada duit tuan?"











Infantri kereta kebal tetap belum bergerak, masih bergaya ...

Memori Di NIE

Minggu lalu, selesai sudah kelas Instructional Strategies kelolaan Cikgu Aidil. Memang padat dan menarik kursus anjuran beliau. Banyak perkara yang dapat kami pelajari. Cooperative Learning, menggunakan boneka dalam kelas, membuat sumber ... kalau nak cerita, tak habis-habis. Di NIE juga semua orang naik muak makan mi .... pagi dan petang, hidangan wajib mi. Seluruh 5 hari, makan mi. Sampaikan ada yang bungkus kerana mi tidak kehabisan. Secara keseluruhan, banyak teknik pengajaran yang baru dan menarik telah kami pelajar! Terima kasih Cikgu Aidil! Moga ilmu yang diajar akan kami manfaatkan sebaik mungkin!









Wednesday, November 19, 2008

Kelas mula semula

Sudah tiga hari kelas Dip/Ed dimulakan. Kali ini kami mengikuti modul 'Teaching Strategies'. Kelas diadakan di NTU/NIE.

Pensyarah kami Cikgu Mohamed Aidil Subhan Mohamed Sulor. Kelakar orangnya. Selain ilmu yang banyak, tak habis-habis kami ketawa mendengar cerita-cerita beliau.

Saya pada mulanya agak lembab, maklumlah, sudah lama tidak ke kelas. Lama-kelamaan, syiok pula belajar semula.

Tadi kami belajar menggunakan boneka untuk bercerita. Kami juga dapat mencuba. Kecoh kelas apabila para asatizah menunjukkan bakat masing-masing.

Kali ini saya lampirkan nota-nota yang telah saya catatkan. Sila beri maklum balas jika kurang betul. Maklumlah, saya budak baru belajar ...













Friday, October 3, 2008

Eid Mubarak!

Assalamualaikum cikgu2 semua.

Mazlan ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua dan juga ingin memohon Maaf Zair dan Batin sekiranya ada silap dan salah ketika mengajar utaupun ketika kita chatting di alam siber atau secara face-2-face. Terimalah salam manis dari saya dan semoga ceria di Aidilfitri mulia ini.



Salam,
Mazlan

Thursday, September 25, 2008

Gambar complete

Assalamualaikum Cikgu2 semua. Apa Khabar?

Mazlan cuma nak post kan gambar ni yang complete dengan cikgu Idham yang terkacak tu... ada masa sedikit, so I practice my photoshop skills yang lama i tak work on.


Salam manis,
Mazlan

Wednesday, September 17, 2008

Recipe2 Raya

Hello sekali lagi...

Posting saya kali ni nak bertanyakan kalau ada recipe2 baru yang sedap-sedap buat santapan raya kelak. Blogging ni bukan sahaja untuk kita bertukar pendapat melalui discussion, tetapi juga boleh digunakan sebagai repository informasi untuk perkongsian bersama.

Maklumlanh, orang bujang nak siapkan rumah buat raya, kenalah ikut recipe. Kalau tak nanti, teman2 taknak datang kalau dihidangkan pizza dan macdonalds....

So share lah recipe power-power anda tu ya... ayam masak merah ke, rendang ke, sambal goreng pengantin ke... ish... lapar pulak cakap pasal makan ni eh...

Salam,
Mazlan

Monday, September 15, 2008

Apa Khabar Semua...

Assalamualaikum Wr Wb kepada semua guru-guru yang amat saya hormati.
Sudah lebih seminggu kita berpisah namun banyak kenangan manis masih segar di ingatan... alamak macam lirik lagu cinta pulak eh.

Tujuan saya menulis ni adalah untuk berkongsi berita gembira. Bukan jemputan kahwin lah tapi untuk memberitahu anda betapa bangganya saya atas kemajuan guru-guru semua dalam menggunakan IT degan lebih setelah mengikuti kelas saya.

Umpamanya, Siti Khadijah menggunakan Google Docs untuk berkongsi dokumen bersama pelajar dan kini sedang mencuba Blogger.com. Huda pula menggunakan PhotoStory sebagai pembukaan kelas dan katanya "i hear the 'ooooos' and the 'aaaaaaaah' frm them. rasa berbaloi buat photostory tu...." Mereka juga sekali-sekala chat dengan saya melalui Google Talk untuk bertanyakan cara-cara menggunakan teknologi2 yg telah kita pelajari ataupun untuk chat bertanyakan khabar.

Saya harap ramai lagi yang belum mencuba akan mencuba sebab kalau kita tunggu lama-lama, susah nanti nak restart enjin tuuuu. Yang sudah mencuba tu, kongsilah pengalaman anda ya.

Yang lain pula, bagaimana?

Dua minggu lagi dah raya. yay yay!!!

By the way, kelas dah habis, panggillah saya mazlan ajer ya. Tak perlu bercikgu2 lagi :)


Salam,
mazlan