Saturday, January 17, 2009

Presentation

Kelas cikgu saedah buang mengajar kami bagaimana hendak melakarkan satu kertas ujian yang sangat bermutu... Kelas ini amat berguna untuk diri saya kerana secara tidak langsung saya tahu apa yang sepatutnya diadakan dan ditiadakan dalam kertas ujian...
Hari ini adalah hari ketiga kelas cikgu saedah yang mana hari ini merupakan hari presentation untuk setiap kumpulan....
Setiap module selalu ada pembentangan! Seperti biasa, bila nak buat presentation, mcm ada kupu2 di dalam perut.ehheheh. Maklumlah semua rakan2 hebat2 belaka, tp kerana nakkan ilmu, tetap juga mara ke depan n give my presentation... Untuk presentation saya tadi, selepas mendengar komen dr asatizah td, baru saya nmpk Knp pendaya utk soalan saya lemah.Kerana soalan2 sebegitu, selalu ada semasa ujian. Begitu juga dgn presentation dr kumpalan u.Mustaqim, soalan kami hampir sama ada madhi & mudhari'nya. Insya allah soalan sedemikian tidak akan saya ulanginya lagi.
alhamdulillah dengan pelbagai pembentangan dr asatizah2 yang ada tadi serta perdebatan yang sangat hebat kenapa soalan2 yg dibentangkan tidak sesuai telah menghangatkan suasana pembelajaran kami. Dan setiap pembentangan, ada sahaja komen yang membangun! BAGUS! Begitu juga dgn U.Idham & U.Abu Bakar yang banyak memberi komen tp semuanya bermakna....
Jgn lupa rakan2 sekelian, bak kata cikgu kita harus buat soalan utk membina diri student bukan membunuh diri student ( tambahan sendiri ).
U.Khadijah.....

Tuesday, November 25, 2008

Reflections at Bukit Chandu

Kursus Teaching Social Studies bermula hari Isnin. Gurunya Dr Sher Banu. Hari pertama saya dan Ustaz Idham sesat mencari kelas.

Pada hari kedua, kami telah dibawa ke Bukit Chandu di Pasir Panjang. Ini sebahagian daripada pembelajaran kami tentang "Field Trip" atau darmawisata. Di sana, kami dapat belajar tentang pelbagai peristiwa yang telah berlaku sewaktu peperangan Jepun.













Saya juga lebih mengetahui tentang Lt Adnan Saidi dan pengorbanan beliau serta regimen Melayu. Sayu rasanya meniti sejarah lama. Saya dan Ustaz Mustaqim ada juga cuba untuk jadi serdadu, tapi nampak sah tiada tokoh langsung! Lawatan sambil belajar ... memang menarik!






























"Tuan ... kami sedang diserang tuan! Musuh datang kanan dan kiri!"












"Jangan takut ... kita terus berjuang walaupun apa terjadi! Dengan adanya lampu, cerah peluang kita!"












"Tuan ... saya sah panggil infantri kereta kebal, tetapi mengapa mereka belum sampai-sampai? Mungkin ada masalah tuan."












Infantri Kereta kebal tidak mendengar arahan ... tak gerak-gerak sebab asyik posing ambil gambar! Meriam dibuat gayut! Maut jadinya!















"Tuan, kita tidak boleh harapkan mereka. Sudah seminggu mereka diberi makan mi pagi petang siang malam. Dah jadi macam drill and practice tuan. Sekarang, mereka diberi makan kuih ... mereka kebulur tuan. Maklumlah ... bawa kereta kebal ... tangki satu-satu pun saiz kereta kebal, tuan."















"Betul tuan ... saya rasa lain kali kita perlu siapkan ketuhar dalam kereta kebal tuan ... ini untuk motivasi ekstrinsik tuan. Satu lagi tuan, parking kereta tank di One North mahal tuan ... harga sebenar satu hari $8.40 tuan. Pakai tiket komplimentari, $4.50. Mana kami ada duit tuan?"











Infantri kereta kebal tetap belum bergerak, masih bergaya ...

Memori Di NIE

Minggu lalu, selesai sudah kelas Instructional Strategies kelolaan Cikgu Aidil. Memang padat dan menarik kursus anjuran beliau. Banyak perkara yang dapat kami pelajari. Cooperative Learning, menggunakan boneka dalam kelas, membuat sumber ... kalau nak cerita, tak habis-habis. Di NIE juga semua orang naik muak makan mi .... pagi dan petang, hidangan wajib mi. Seluruh 5 hari, makan mi. Sampaikan ada yang bungkus kerana mi tidak kehabisan. Secara keseluruhan, banyak teknik pengajaran yang baru dan menarik telah kami pelajar! Terima kasih Cikgu Aidil! Moga ilmu yang diajar akan kami manfaatkan sebaik mungkin!









Wednesday, November 19, 2008

Kelas mula semula

Sudah tiga hari kelas Dip/Ed dimulakan. Kali ini kami mengikuti modul 'Teaching Strategies'. Kelas diadakan di NTU/NIE.

Pensyarah kami Cikgu Mohamed Aidil Subhan Mohamed Sulor. Kelakar orangnya. Selain ilmu yang banyak, tak habis-habis kami ketawa mendengar cerita-cerita beliau.

Saya pada mulanya agak lembab, maklumlah, sudah lama tidak ke kelas. Lama-kelamaan, syiok pula belajar semula.

Tadi kami belajar menggunakan boneka untuk bercerita. Kami juga dapat mencuba. Kecoh kelas apabila para asatizah menunjukkan bakat masing-masing.

Kali ini saya lampirkan nota-nota yang telah saya catatkan. Sila beri maklum balas jika kurang betul. Maklumlah, saya budak baru belajar ...













Friday, October 3, 2008

Eid Mubarak!

Assalamualaikum cikgu2 semua.

Mazlan ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua dan juga ingin memohon Maaf Zair dan Batin sekiranya ada silap dan salah ketika mengajar utaupun ketika kita chatting di alam siber atau secara face-2-face. Terimalah salam manis dari saya dan semoga ceria di Aidilfitri mulia ini.



Salam,
Mazlan

Thursday, September 25, 2008

Gambar complete

Assalamualaikum Cikgu2 semua. Apa Khabar?

Mazlan cuma nak post kan gambar ni yang complete dengan cikgu Idham yang terkacak tu... ada masa sedikit, so I practice my photoshop skills yang lama i tak work on.


Salam manis,
Mazlan

Wednesday, September 17, 2008

Recipe2 Raya

Hello sekali lagi...

Posting saya kali ni nak bertanyakan kalau ada recipe2 baru yang sedap-sedap buat santapan raya kelak. Blogging ni bukan sahaja untuk kita bertukar pendapat melalui discussion, tetapi juga boleh digunakan sebagai repository informasi untuk perkongsian bersama.

Maklumlanh, orang bujang nak siapkan rumah buat raya, kenalah ikut recipe. Kalau tak nanti, teman2 taknak datang kalau dihidangkan pizza dan macdonalds....

So share lah recipe power-power anda tu ya... ayam masak merah ke, rendang ke, sambal goreng pengantin ke... ish... lapar pulak cakap pasal makan ni eh...

Salam,
Mazlan